Posted On: November 28th 2024, 07:36 am
Untold story. Mak bapak sayalah ni punya pasal.
Kalau nak cerita dari awal nak sambung belajar ni dari 2018 struggle dia. Macam-macam sangkut. But long story short, alhamdulillah Feb 2020 diterima masuk ke Pusat Kajian Media & Komunikasi UKM. Tapi..... tak boleh nak teruskan sebab kelas start 6pm, waktu tu masih lagi on air di Hot FM 4pm-8pm. Terpaksa tangguh pengajian, tangguh semester.
Fast forward Januari 2021, tiap kali mak atau bapak call cakap dalam telefon mesti, wajib, setiap kali bapak akan tanya "bila nak habis study?".
Since that, everytime i finished my prayer its a must to doa "Ya Allah, bantu aku untuk habiskan belajar ni"
Julai 2021, jodoh dengan Hot FM tamat. Firsttttttt thing first that crossed my mind was, Allah makbulkan doa kau ni deen. Allah bagi chance ni; nak kau habiskan study. Dah boleh dah pergi kelas 6pm weekdays. Terus contact lecturer, Dr Wan Amizah.
Oct 2021, officially sambung balik study berkat pertolongan Prof Madya Dr
@wanamizah yang bantu mempercepatkan proses nak sambung balik study sebab 3 sem tangguh.
Berkat dorongan mak ayah, doa tanpa hijab & mustajab, akhirnya saya berada di mercu menara gading. Alhamdulillah. Doa ye guys, insyaallah Allah makbul.
Load More