Posted On: June 6th 2026, 04:33 pm
Sejak anak-anak semuanya sudah mula bersekolah, rasa penat memang tidak dapat dielakkan🥺😔😔Kadang-kadang masa untuk memasak pun terhad, jadi kami lebih banyak membeli makanan dari kedai berhampiran. Baru-baru ini, kami sempat membeli lauk ayam kicap, dan rasanya memang sangat sedap. Anak-anak pun suka, dan hingga kini masih teringat lagi keenakan rasa manis, beraroma dan sedikit berlemak itu yang masih “melekat” di tekak.
Jadi, sempena cuti sekolah yang panjang ini, saya terfikir untuk mencuba semula menu tersebut di rumah tetapi dengan versi yang lebih sihat. Kali ini, saya ingin mencuba Ayam Kicap Tanpa Minyak, menggunakan bahan-bahan yang ringkas tetapi penuh rasa.😍🥰
Bahan-bahan:
* Halia sebesar ibu jari (dihiris halus)
* 3 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 2 keping asam keping
* Garam secubit
* 1 sudu makan gula
* Secukup rasa
* Kicap Manis Pedas Mahsuri (bahan utama wajib!)
Cara penyediaan:
1. Rebus ayam bersama halia selama kira-kira 5 minit.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, asam keping dan bahan perasa.
3. Renehkan selama lebih kurang 15 minit sehingga bahan sebati.
4. Tambahkan Kicap Manis Pedas Mahsuri, garam dan gula.
5. Masak lagi sekitar 25 minit dengan api sederhana sehingga ayam menjadi lembut dan kuahnya pekat berkilat.
Hasilnya, ayam menjadi sangat lembut, berperisa dan harum. Setiap suapan terasa cukup sempurna manis, pedas dan penuh “jiwa rumah sendiri”. Memang sedap sampai tak cukup satu pinggan!
Terima kasih
@mahsurimy kerana sentiasa melengkapkan rasa masakan kami di rumah. ❤️🥰😍
#PedasMahsuri26