Posted On: October 1st 2026, 12:55 pm
MALAYSIA–INDONESIA BEAUTY & HAIR INDUSTRY STRATEGIC PARTNERSHIP 🇲🇾🤝🇮🇩
Satu lagi detik bersejarah buat BUHA apabila dua Memorandum Persefahaman (MoU) berjaya dimeterai bersama rakan industri dari Indonesia.
BUHA × Tiara Kusuma Indonesia
Dimeterai oleh Pn. Elind AB, Presiden BUHA bersama Ibu Fourlen Diana.
BUHA × Bali Barber Expo
Dimeterai oleh Pn. Elind AB, Presiden BUHA bersama Mas Edo Renanda.
Pemeteraian ini menandakan komitmen bersama dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam pembangunan industri rambut, kecantikan dan barbering.
Melalui kerjasama strategik ini, BUHA berharap dapat memperluaskan jaringan profesional, membuka peluang kolaborasi program, pertukaran kepakaran, pembangunan bakat serta mewujudkan lebih banyak peluang industri yang memberi manfaat kepada komuniti di kedua-dua negara.
Semoga hubungan yang terjalin ini menjadi asas kepada kerjasama jangka panjang yang lebih kukuh, progresif dan berimpak tinggi.
Stronger Together, Beyond Borders.
#BUHA #TiaraKusuma #BaliBarberExpo #MalaysiaIndonesia #StrategicPartnership MOU BeautyIndustry HairIndustry BarberIndustry Cosmobeaute2026