Instagram story viewer> @teaterekamatra> Post
15 days ago
Co Creator: centre42
Photo by Teater Ekamatra (Est. 1988) on October 21, 2026. May be a graphic of magazine, poster and text.
Photo by Teater Ekamatra (Est. 1988) on October 21, 2026. May be a graphic of magazine, poster and text.
Photo by Teater Ekamatra (Est. 1988) on October 21, 2026. May be a graphic of screen, poster and text.
0
Posted On: October 21st 2026, 08:08 am
Tagged Users:
Edisi Terbaharu New Scripts Garage! Woop Woop!

Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan @centre42 untuk membawakan anda edisi New Scripts Garage dalam bahasa Melayu!

Anda baru di sini?

Memperkenalkan New Scripts Garage - sebuah undangan terbuka untuk naskhah-naskhah pentas, yang bakal ditambah baik dengan sokongan dramaturgi daripada penggiat-penggiat teater berpengalaman.

Lapan buah naskhah yang menepati kelayakan akan diberikan sokongan dramaturgi yang sesuai setelah melalui proses penelitian oleh sekumpulan penggiat seni teater professional. Empat naskhah pentas akan menerima maklum balas bertulis. Tiga naskhah pentas akan diundang untuk perundingan peribadi, dan sebuah naskhah pentas yang terpilih akan dipersembahkan di Script Circle, di hadapan sekumpulan penggiat seni teater professional untuk diberikan maklum balas secara langsung.

Bagi edisi ini, keutamaan akan diberikan kepada naskhah pentas yang lengkap atau yang sudah ditulis sepenuhnya. Namun, kami juga akan pertimbangkan naskhah yang mempunyai adegan atau babak yang terperinci atau meluas, serta skrip yang separa selesai. Naskhah pentas tersebut haruslah ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu atau paling tidak, 80% dalam bahasa Melayu.

Udangan terbuka ini akan berlangsung pada 1 - 10 November 2026! Hantarkan naskah-naskah anda dengan segera! Siapa cepat, dia dapat!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman FAQ, pautan ada di bio!

More posts

back to up