Posted On: November 1st 2026, 11:25 am
KLAS SENI BELA DIRI - SILAMBAM PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAINYA
JASIN, 1 November 2026 – Klas Seni Bela Diri - Silambam Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 melabuhkan tirainya hari ini menerusi sesi ketiga yang merupakan sesi terakhir program berkenaan.
Program yang berlangsung dari 25 Oktober 2025 hingga 1 November 2026 di SJK (C) Jasin Lalang itu berjaya menghimpunkan seramai 40 peserta yang memberikan komitmen penuh sepanjang pelaksanaannya.
Turut hadir pada sesi penutup ialah Master B. Suresh, Presiden Persatuan Silambam Negeri Melaka dan Puan Lee Ai Lian, Guru Besar SJK (C) Jasin Lalang yang merupakan rakan strategik dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program ini dapat menjadi platform berterusan dalam mencungkil bakat baharu serta memperkukuh pembangunan sukan seni bela diri Silambam di peringkat akar umbi.
@jbsnegara @abraufyusoh @taufiqjohari @mordibimol @syammeil #jbsnm #jbsnkomited #malaysiamadani