Posted On: February 27th 2026, 06:53 am
Ramai yang masih keliru bila sebut pasal tax refund setiap kali musim e-Filing LHDN tiba.
Jom betulkan kefahaman ni supaya tak salah mengharap.
Ada potong PCB = Boleh dapat refund
Kalau dalam payslip bulanan memang ada tertulis tolakan potongan cukai bulanan (PCB) anda berpeluang dapat refund bila masukkan segala pelepasan cukai (tax relief).
Takda potong PCB = Tak dapat refund
Kalau gaji bulanan bersih je dan tak pernah kena potong PCB langsung, memang takkan ada sebarang refund yang akan masuk ke akaun bank anda.
Tax refund ni bukan duit free, bantuan atau bonus dari kerajaan yang semua orang wajib dapat.
Ia sebenarnya duit gaji kita sendiri yang dah dipotong awal awal, tapi dipulangkan semula sebab kita bayar terlebih (jumlah cukai sebenar lebih rendah selepas tolak pelepasan cukai).
Kalau takda duit yang dipotong awal (PCB), maka takda la duit yang nak dipulangkan.
Semoga jelas dan tak keliru lagi masa isi e-Filing nanti.
Kongsikan info ni dengan kawan kawan yang baru first time nak buat e-Filing.
#reels #tips #money #save #invest