Posted On: October 31st 2026, 08:14 am
Jenama biskut terkenal Malaysia, Lee Biscuits, secara rasmi menghentikan operasi kilangnya di Pontian, Johor.
Menerusi perkongsian pengguna Threads,
@uyxxn_ yang juga merupakan salah seorang staf, para pekerja dilihat mengabadikan kenangan terakhir mereka di hadapan kilang biskut berkenaan.
Antara produk popular Lee Biscuits termasuk biskut Coklat, biskut Marie, tart pisang, biskut sandwic lemon dan banyak lagi.
Selepas 92 tahun menemani generasi rakyat Malaysia, penutupan ini menandakan berakhirnya satu lagi jenama biskut yang cukup sinonim dengan kenangan zaman kanak-kanak.
Load More