Instagram story viewer> @ecahwady> Posts
5K
followers
1491
following
🎥 🎤Assistant Producer & Broadcast Journalist
POSTS STORIES REELS TAGGED
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 🤍

Seminggu sudah pemergian mak, namun sampai hari ini Ecah masih sukar menerima kenyataan. Semuanya berlaku terlalu cepat. Perkara yang paling Ecah takut selama ini, akhirnya benar-benar terjadi. 😭

13 Jun 2026, Ecah menerima khabar mak dan bapak terlibat dalam kemalangan. Tanpa berfikir panjang, Ecah dan adik terus pulang ke kampung. Alhamdulillah, keadaan mak semakin baik walaupun tangan kiri dan bahu kanannya patah. Selepas hampir seminggu menjaga mak, Ecah terpaksa kembali ke Malaysia kerana cuti sudah lama dan perlu bergilir dengan kakak. Sebelum balik, mak sempat bertanya, “Kenapa balik awal sangat?” Ecah hanya menjawab, “Nanti Ecah balik lagi.”

Tak sangka, itulah antara perbualan terakhir kami.

25 Jun 2026 ketika sedang bekerja, Ecah menerima panggilan daripada kakak meminta kami semua segera pulang kerana bimbang sesuatu berlaku kepada mak. Saat melihat panggilan video itu, dunia terasa gelap. Mak sudah tiada. Ya Allah… hanya Allah yang tahu betapa remuknya hati ini.

Tanpa berfikir panjang, Ecah terus pulang. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada semua anak-anak untuk berbakti buat kali terakhir dengan menguruskan jenazah mak. Sampai hari ini Ecah masih tidak percaya. Mak tidak sakit, tetapi mak yang selama ini menjaga bapak yang uzur akibat strok, akhirnya Allah jemput pulang terlebih dahulu. 😭😭

Mak, jangan risau ya. Insya-Allah kami adik-beradik akan menjaga bapak sebaik mungkin, sebagaimana mak menjaganya selama ini.

Allah menjemput mak pada malam Jumaat, 10 Muharam, hari yang mulia. Semoga itu menjadi sebaik-baik pengakhiran buat seorang ibu yang telah mengorbankan seluruh hidupnya untuk keluarga.

Ya Allah, ampunilah dosa Allahyarhamah Indun binti M. Yusuf, lapangkan kuburnya, teranginya dengan cahaya-Mu dan tempatkanlah beliau dalam syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Indun binti M. Yusuf. 🤍🥀 taken in Bintan Island by @ecahwady
85
3 months ago
Download
Bila dapat tahu kawan-kawan pergi umrah, akulah orang paling gembira dan teruja. Tak pernah malu untuk hantar mesej, minta didoakan agar aku juga dijemput menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. Aku percaya… kita tak pernah tahu doa siapa yang Allah angkat.

Tapi siapa sangka, Allah jemput aku dengan cara yang tak pernah aku bayang, tak pernah aku mimpi. Benar… Allah Maha Baik. Sepanjang berada di rumah-Nya, Dia beri apa yang aku minta.

Umrahku dipermudahkan. Apa yang aku takutkan, Allah jauhkan. Apa yang aku inginkan, Allah hadirkan.

Syukur ya Allah… Alhamdulillah 🤲😭😭
#Umrah2025 🕋❤️ taken in Masjidil Haram, Mekah Al-Mukarramah by @ecahwady
22
a year ago
Download
Thank you Kak Abby @abbyabadi_112 sebab sudi terima interview Melodi kali ini, walaupun semuanya berlaku tanpa dirancang.

Apa yang berlaku dalam cerita Kak Abby, Ecah sangat faham… sebab sebagai ibu kepada empat anak, hati mana yang tak sedih dan sakit bila berdepan dengan perkara sebegitu.

Biarlah orang nak berkata apa. Ecah memang side dengan mak, lebih-lebih lagi bila mak dah tak ada… sakitnya hati seorang ibu, hanya yang pernah rasa dan faham akan benar-benar faham.

Ya, mungkin ada yang akan kata Kak Abby pun ada silapnya. Bagi Ecah, mungkin silap Kak Abby cuma satu dia terlalu loud dalam meluahkan perasaan. Dan orang memang tak semua suka bila seseorang terlalu terbuka.

Tapi bagi Ecah, itu cara Kak Abby melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Setiap orang ada cara masing-masing untuk mengubati luka.

Apa pun, Kak Abby… semoga terus kuat. 💪
Semoga Allah tenangkan hati, kuatkan langkah dan permudahkan segala urusan Kak Abby dan anak-anak. 🤍 by @ecahwady
19
23 days ago
Download
Perkongsian Abby Abadi mengenai perkara yang membuatkan dirinya begitu kecewa dan terasa hati.

Secara eksklusif, pelakon dan penyanyi Abby Abadi meluahkan segala yang terbuku di hati, termasuk perkara yang selama ini dipendam sebagai seorang ibu. Jom dengarkan! #meloditv3 #meloditerhangat by @ecahwady
90
24 days ago
Download
Apa yang sebenarnya berlaku sehingga Abby Abadi begitu terluka dan kecewa?

Dengarkan luahan eksklusif Abby Abadi dalam Melodi, malam ini jam 9.30 malam di TV3 & Tonton.

Jangan lupa saksikan.
#MelodiTV3 #meloditerhangat by @ecahwady
701
24 days ago
Download
Betul ke lagu Gadis Melayu Terakhir ada kaitan dengan Siti Khadijah?
Lebih menarik, Amir Ahnaf kini hangat dikaitkan sedang bercinta dengan pelakon berkenaan. Jadi, adakah lagu itu sebenarnya ditujukan buat ‘orang istimewa’?

Apa pula jawapan Amir bila ditanya mengenai perkara ini? Jom dengarkan pengakuan Amir Ahnaf! by @ecahwady
13
a month ago
Download
Tahniah buat penyanyi cantik manis, Azeva Natasha, atas pelancaran single terbaharunya yang berjudul Tanpa Rasa Jemu.

Jom bersama Azeva untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan kerjaya seninya yang semakin mendapat tempat di hati peminat. by @ecahwady
50
a month ago
Download
Hari ni bukan buat content…
hari ni jual apa yang ada depan mata. 🤣

Topi ada, tuala ada, tumbler ada, payung ada…
Lori TV3 pun kita letak sekali. Mana tahu ada yang berminat.. hahahah by @ecahwady
5
a month ago
Download
Benarkah penyanyi Farez Adnan terlalu obses melakukan pembedahan dan rawatan kecantikan hingga timbul dakwaan kehidupannya ditaja individu bergelar VVIP?

Apa sebenarnya yang berlaku? Ini jawapan Farez Adnan! #meloditv3 #meloditerhangat by @ecahwady
6
a month ago
Download
“Toq aku rasa kau dah boleh keluar untuk bagi statement daripada mulut kau sendiri supaya tak ada orang bersangka-sangka.” Luahan Ieda Moin.. Alamak apa sebenarnya yang berlaku? Jom dengarkan! #meloditv3 #meloditerhangat by @ecahwady
14
a month ago
Download
Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila berkongsi sebab mengapa Ameer Aiman menjadi pilihan hatinya. Keikhlasan, kematangan serta hubungan baik Ameer bersama anaknya, Jebat Jayden antara faktor yang membuatkan hatinya terbuka

Selebihnya, jom kita dengarkan sendiri perkongsian Noor Nabila! #meloditv3 #meloditerhangat by @ecahwady
79
2 months ago
Download
“Nak bukak aib itu tidak la, cuma ada sedikit peringatan” - Jom dengarkan luahan pelakon Norreen Iman #meloditv3 #meloditerhangat by @ecahwady
5
3 months ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up