Instagram story viewer> @maialya> Posts
2K
followers
7136
following
💃TrustedSeller
☕De Asia White Coffee
📲AgNutrition
🍪homemade
🕋REA INTERNATIONAL
🤲Amal Kebajikan
💯Lulus Kkm
POSTS STORIES REELS TAGGED
Amalan yang dikongsikan oleh Habib Ali Masyhur ben Hafidz tentang membaca Surah Al-Insyirah (juga disebut Alam Nasyrah) sebagai doa dan ikhtiar agar anak membesar menjadi anak soleh, lembut hati, mudah menerima ilmu dan mendapat kelapangan jiwa.

Antara cara amalan yang biasa diamalkan:

* Baca Surah Al-Insyirah dengan niat memohon anak yang soleh dan baik akhlaknya.

dibaca:

{وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ}

“Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.”

— dibaca 3 kali.

Kemudian dibaca 3 kali apabila sampai ke ayat;

{وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ}

“Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau berharap.” by @maialya
0
a month ago
Download
Janji manusia ni, jangan pegang terlalu kuat.

Bukan sebab kita tak percaya. Tapi manusia boleh terlupa, berubah hati atau berdepan keadaan yang di luar kawalan.

Kalau janji itu ditepati, kita hargai.

Kalau tak jadi, sekurang-kurangnya hati kita sudah bersedia dan hidup masih boleh diteruskan.

Sebab itu, jangan gantungkan seluruh kebahagiaan dan perancangan hidup pada kata-kata seseorang.

Sediakan pilihan lain. Belajar berdiri sendiri. Cuba fahami keadaan sebelum terus menyalahkan.

Bersikap begini bukan bermaksud kita negatif atau tidak percaya kepada sesiapa.

Kita cuma sedang melindungi hati daripada kecewa yang terlalu dalam.

Berharaplah secara sederhana. Raikan apabila janji ditepati dan berlapang dada jika ia dimungkiri.

Kerana janji manusia boleh berubah pada bila-bila masa. by @maialya
0
a month ago
Download
Salam Maulidur Rasul ﷺ 

Rabiulawal mengingatkan kita akan kelahiran insan agung, Nabi Muhammad ﷺ, rahmat buat seluruh alam.

Banyakkan berselawat, kenali sirah dan hidupkan sunnah Baginda ﷺ dalam kehidupan. Semoga kecintaan kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati kita dan menjadi sebab kita dihimpunkan bersama Baginda di akhirat kelak.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#salammaulidurrasul #selawat #sayangnabiikutnabi by @maialya
0
2 months ago
Download
Marhaban Ya Syahrul Rabiul Awwal

Ya Nabi Salam Alaika Ya Rasul Salam Alaika Ya Habib Salam Alaika Salowatullah Alaika

#rabiulawal #bulankelahirannabimuhammadsaw #nabimuhammad by @maialya
0
2 months ago
Download
Aamin YA ALLAH🤲🏻❤️ by @maialya
0
4 months ago
Download
Hidup tak selalunya indah 
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

#masyallahtabarakallah❤️ #alam #nikmatallah #keindahanalam by @maialya
0
5 months ago
Download
#ramadhan2026 
#hargaipengorbanan 
#perjalanan by @maialya
0
8 months ago
Download
Selamat Datang SYAABAN penuh berkat 🤲 Bulan paling banyak Nabi berpuasa Sunat, bulan amalan diangkat, 
Jangan dibiar dosa tanpa taubat, usaha tinggalkan segala maksiat, kita tingkatkan Ibadat, Ramadhan sudah dekat 🤗 by @maialya
0
9 months ago
Download
Kadang-kadang kita penat berbuat baik. Penat kerana tidak dihargai, penat kerana kebaikan disalaherti, penat kerana manusia mudah lupa.

Namun Allah SWT menenangkan hati kita dengan firman-Nya:

إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ
Maksudnya: “Jika kamu berbuat baik, maka sesungguhnya kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri.”
(Surah Al-Isra’: 7)

Kebaikan itu tidak pernah sia-sia. Walau manusia tidak memuji, walau manusia tidak membalas, Allah tetap melihat, mencatat dan menyimpan semuanya dengan penuh keadilan.

Ikhlaskan niat, walau hati diuji. Terus berbuat baik, walau tidak dikenang. Kerana setiap kebaikan yang lahir dari keikhlasan, akan kembali kepada kita sama ada dalam bentuk ketenangan jiwa, keberkatan hidup, atau ganjaran yang Allah simpan indah di akhirat.

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
(HR Bukhari dan Muslim: 1)

Dan Allah SWT mengingatkan:

وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ یَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ
Maksudnya: “Dan apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, pasti Allah mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah: 197)

Tenanglah wahai hati.
Teruskan melangkah dengan ikhlas. Biarlah manusia lupa,
cukuplah Allah tidak pernah alpa. 

Ustazah Asma’ Harun

#uahsahabatduniaakhirat 
#sahabathijrah by @maialya
0
9 months ago
Download
Tahun 2026 bukan sekadar pertambahan angka pada kalendar, tetapi peringatan bahawa usia semakin berkurang dan jarak pertemuan dengan Allah semakin dekat. 

Setiap perubahan tahun sebenarnya mengajak kita berhenti seketika untuk bermuhasabah, menilai apa yang telah berlalu dan memikirkan ke mana arah hidup yang sedang kita tuju.

Islam mendidik umatnya agar tidak lalai dengan perjalanan masa. Allah SWT mengingatkan dalam firmanNya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat apa yang telah disiapkannya untuk hari esok.” (Surah al-Hasyr,18). 

Ayat ini sangat bertepatan dengan detik pertukaran tahun, kerana ia menyeru kita menilai amalan lalu dan merancang kehidupan dengan kesedaran iman dan taqwa.

Imam Hasan al-Basri rahimahullah pernah mengingatkan dengan nasihat yang sangat mendalam: “Dunia ini hanyalah hari-hari. Setiap kali satu hari berlalu, sebahagian daripada dirimu turut pergi.” 

Nasihat ini menyedarkan kita bahawa masa bukan sekadar berlalu, tetapi ia sedang mengambil sebahagian daripada umur kita tanpa henti.

Menutup tahun dengan taubat dan membuka tahun baharu dengan taqwa bukan sekadar ungkapan indah, tetapi satu keperluan jiwa. Setiap hari yang berlalu tidak akan kembali dan setiap kesempatan yang Allah beri adalah amanah untuk digunakan sebaiknya. 

Keberkatan hidup bukan diukur dengan panjang umur, tetapi dengan sejauh mana masa yang berlalu diisi dengan ketaatan, keinsafan dan amal yang diterima.

Mudahan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih berhati-hati dalam setiap langkah, lebih jujur dalam muhasabah diri dan lebih bersungguh mencari redha Allah dalam setiap urusan kehidupan. Semoga hati dibersihkan, amal diperbaiki dan kehidupan diberkati, agar setiap pertambahan tahun mendekatkan kita kepadaNya, bukan sebaliknya.

Cc:Ustazah Asma’ Harun by @maialya
0
10 months ago
Download
*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم* 

*Ya Allah pada hari Isnin 1 Rejab 1447H/ 22 Disember 2025M...,*
*Jadikanlah AWAL hari ini*
*dibuka pintu* *KETAKWAAN,*
*pintu KEBERKATAN*
*di* *PERTENGAHAN* *hari ini di PERMUDAHKAN*
*segala* *URUSAN* 
*dgn* *KESABARAN,* *KE’AFIATAN*
*dan* *KEKUATAN.....* *dan*
*AKHIRI hari ini dgn penuh KEJAYAAN,*
*KERAHMATAN dan KEBAIKAN....*

*Yْa Allah, hulurkan pertolongan kepada saudara kami yang ditimpa musibah, hindari kami daripada wabak penyakit,kesulitannya, kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan yang tersembunyi,* *khususnya bagi diri kami,keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.* 

*Ya Rahman..Ya Rahim..,kami pohonkan bekalan keimanan dalam pelayaran hidup kami ,  bagi mereka yg sakit , berikan lah kesembuhan ,* *sementara yang meninggal dunia, tempatkan roh mereka* *bersama roh para Nabi , sidiqqin, syuhada’ dan solihin..💐*

*آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ* by @maialya
0
10 months ago
Download
Nak, sebelum masuk 2026 ni, belajarlah untuk hormat diri sendiri:

 1. Berhentilah mengejar mereka yang tidak pernah peduli tentang diri kita.

Harga diri bermula apabila kita memilih siapa yang layak berada dalam circle kita.

 2. Jangan minta perhatian, bantuan atau perlukan pengiktirafan orang lain.

Nilai diri bukan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh hati yang yakin pada Allah.

 3. Bercakaplah bila perlu.

Kadang-kadang diam itu lebih mendewasakan dan lebih tinggi hikmahnya.

 4. Tegurlah ketidakadilan atau penghinaan dengan cara baik, tetapi tegas.

Diri kita layak diperlakukan dengan penuh hormat.

 5. Jangan terlalu bergantung pada sumber orang lain jika mereka tidak berkongsi dengan kita.

Belajarlah berdikari, kerana maruah itu lahir daripada kemampuan menjaga diri.

 6. Fokus pada diri dan kebahagiaan kita sendiri.

Bila hati tenang, segala usaha jadi lebih jelas.

 7. Jauhkan diri daripada gosip dan percakapan kosong.

Ia memakan masa, jiwa dan pahala kita secara perlahan.

 8. Fikir sebelum berkata-kata.

Kata-kata kita adalah cermin nilai diri dan akhlak kita.

 9. Jaga penampilan; berpakaianlah sebagaimana kita mahu dihormati.

Penampilan bukan untuk menunjuk, tetapi tanda syukur atas segala nikmat dari Maha Esa.

Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, 
Hormati diri sendiri, baru orang akan hormati kita. by @maialya
0
10 months ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up