Instagram story viewer> @mohe.official> Posts
93K
followers
117
following
LAMAN RASMI KPT MALAYSIA
POSTS STORIES REELS TAGGED
Download All
[KENYATAAN MEDIA] KPT PANTAU SITUASI KUALITI UDARA, IPT DIBERI AUTONOMI TENTUKAN MOD PdP

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
an hour ago
Download
[PEMAKLUMAN] SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 TAHUN 2026

✅ Semakan Keputusan Permohonan Program MyBrain 2.0 Tahun 2026 akan dibuka mulai:

🗓️ 7 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 2.00 petang

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui:

☎️ 03-8870 6697/ 6348/ 6369/ 6925/ 4631; atau

📧 mybrain2.0@mohe.gov.my

🌐 Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
1
3 hours ago
Download
RANGKUMAN BERITA KPT : 28 September - 4 Oktober 2026

5️⃣ berita yang mendapat perhatian sepanjang minggu:

1️⃣ Turkiye minat wujudkan Pusat Bahasa Melayu di universiti.
2️⃣ MAGNET 2026: Pendidikan tinggi wahana bentuk insan beradab, berfikiran global.
3️⃣ ATSN 2026: PM seru mahasiswa guna ilmu, bakat untuk manfaat masyarakat dan negara.
4️⃣ Belanjawan 2027 beri perhatian kepada mahasiswa – PM.
5️⃣ Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI KPT di Kluang capai 78 peratus, Sekolah Angkat MADANI siap 100 peratus. 

Terus ikuti laman media sosial KPT untuk informasi lanjut.

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
a day ago
Download
[VIDEO] SAMBUTAN HARI AKADEMIA DAN BULAN AKADEMIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
2 days ago
Download
HARI AKADEMIA 2026 ANGKAT SUMBANGAN WARGA AKADEMIA, SERLAH SINERGI ILMU, TEKNOLOGI DAN INOVASI

5 Oktober 2026 |  Kuala Lumpur

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hari ini menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 sebagai wadah menghargai sumbangan warga akademia selain mengetengahkan hala tuju pendidikan tinggi yang berteraskan ilmu, teknologi dan inovasi.

Berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), sambutan bertemakan “Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademia” itu menghimpunkan lebih 1,000 warga akademia dan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari seluruh negara.

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry berkata warga akademia mempunyai peranan besar dalam membentuk generasi yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan berdaya tahan, selain menyumbang kepakaran kepada pembangunan pendidikan tinggi dan negara.

Beliau berkata sinergi ilmu, teknologi dan inovasi perlu diterjemahkan melalui pengajaran dan pembelajaran berkualiti, penyelidikan berimpak, penghasilan inovasi serta kerjasama antara IPT, industri, komuniti dan pelbagai pemegang taruh.

Sehubungan itu, beliau menggariskan lima (5) penekanan kepada warga akademia yang meliputi peningkatan mutu pengajaran; kerjasama merentas disiplin dan institusi; mempercepatkan hasil penyelidikan kepada penggunaan; mendekatkan akademia dengan masyarakat; serta membina ekosistem yang menyokong warga akademia.

Menurut beliau, hasil penyelidikan perlu diberi laluan untuk diuji, dibangunkan dan digunakan dengan sokongan industri, pelabur serta kepakaran pengurusan harta intelek dan pengkomersialan supaya penemuan yang baik berpeluang memberi perubahan kepada kehidupan.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/19grpmoDLY/?mibextid=wwXIfr

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 
@unimalaya 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
1
2 days ago
Download
[VIDEO]

Dengarkan ucapan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir khusus buat para akademia sempena Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia tahun ini. 🎓📚

Sebuah penghargaan buat seluruh warga akademia yang terus mencurahkan ilmu, kepakaran dan bakti dalam memperkasa pendidikan tinggi serta membentuk masa depan negara.

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
2 days ago
Download
[VIDEO]

Sempena Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia pada tahun ini, sama-sama kita dengarkan ucapan daripada Kepimpinan Tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang penuh bermakna ini. 

Hari Akademia merupakan kesempatan untuk kita mengiktiraf peranan penting warga akademia yang terus menyumbang melalui ilmu, kepakaran, penyelidikan dan inovasi dalam membentuk landskap pendidikan tinggi serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. 🎓📚

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
2 days ago
Download
🌱💧 UMS BANGUNKAN TEKNOLOGI RAWATAN AIR SISA AKUAKULTUR BERASASKAN MIKROALGA 🐟🔬

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkasa inovasi dan penyelidikan apabila membangunkan teknologi rawatan air sisa akuakultur berasaskan mikroalga. 🌿✨

Inisiatif ini bukan sahaja berpotensi membantu menangani isu pencemaran air sisa daripada aktiviti akuakultur, malah membuka ruang kepada penerapan teknologi hijau yang lebih lestari. ♻️🌏

👏 Tahniah UMS atas usaha menghasilkan inovasi berimpak yang menyokong kelestarian alam sekitar serta memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi dalam menyelesaikan cabaran sebenar masyarakat dan industri.

Daripada ilmu, lahir inovasi. Daripada inovasi, tercipta kelestarian. 🇲🇾💚

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 
@umsofficial 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
2 days ago
Download
SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026: SINERGI ILMU, TEKNOLOGI & INOVASI DALAM AKADEMIA

Hari Akademia disambut pada setiap 5 Oktober sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan para akademia yang terus mencurahkan ilmu, membimbing generasi serta memperkasa pemikiran demi kemajuan pendidikan tinggi dan negara.

Dengan mengangkat tema "Sinergi Ilmu, Teknologi & Inovasi Dalam Akademia", sambutan tahun ini mencerminkan kepentingan mengintegrasikan kekuatan ilmu, kemajuan teknologi dan inovasi dalam membentuk ekosistem akademia yang lebih dinamik, relevan dan berdaya saing.

Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik, peranan akademia bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut meneroka penyelesaian baharu melalui penyelidikan, inovasi dan pemikiran kritis demi manfaat masyarakat serta pembangunan negara.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga akademia atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai. Teruslah menjadi penerang ilmu dan pemacu kemajuan negara.

Selamat Hari Akademia 2026! 📚✨

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan
Warga Kementerian Pendidikan Tinggi

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
2 days ago
Download
85,000 MAHASISWA UiTM SERTAI SEMINAR YAYASAN ILMUWAN ISLAM MALAYSIA, WACANA SEMARAK PATRIOTISME, BINA GENERASI BERILMU DAN BERKEPAKARAN

4 Oktober 2026 |  Shah Alam, Selangor

Kira-kira 85,000 orang mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dihimpunkan menerusi Wacana Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam Malaysia 2026 sebagai wadah keilmuan untuk membentuk generasi berilmu, berakhlak, berjati diri serta bersedia menggerakkan masa depan negara.

Program yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam itu menghimpunkan kira-kira 5,000 orang mahasiswa secara bersemuka, manakala lebih 80,000 orang peserta mengikuti program menerusi penstriman langsung dalam talian dengan pengisian meliputi ucaptama, syarahan, ulasan dan komentar serta dialog dan diskusi.

Mengangkat tema “Pewaris Amanah Bangsa, Penggerak Masa Depan Negara”, program anjuran Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia dengan kerjasama UiTM berkenaan menampilkan barisan pemimpin dan tokoh ilmuwan melalui pengisian yang membincangkan sejarah perjuangan bangsa, peranan mahasiswa membentuk naratif baharu Malaysia serta tanggungjawab generasi muda dalam menentukan masa depan negara.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan seminar itu berkata mahasiswa perlu memiliki kebebasan berfikir berasaskan ilmu dan bukti bagi menghadapi cabaran maklumat yang semakin pantas serta dipengaruhi algoritma media sosial.

Beliau berkata prinsip tabayyun perlu menjadi amalan dalam menilai maklumat dengan menyelidiki sesuatu perkara sebelum mempercayai atau menyebarkannya, selain mengingatkan bahawa kepantasan tidak semestinya menjamin ketepatan.

“Cepat itu belum tentu tepat,” katanya sambil mengingatkan mahasiswa supaya tidak mengorbankan pertimbangan dan adab semata-mata untuk mendapatkan perhatian, perkongsian atau komen di media sosial.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1KqL1VGWba/?mibextid=wwXIfr

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 
@uitm.official 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
3 days ago
Download
SAMBUTAN HARI & BULAN AKADEMIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

Saksikan penstriman langsung Sambutan Hari & Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi seperti ketetapan berikut:

🗓️ 5 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ 10.00 pagi
📍 Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
🖥️ Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi
https://www.facebook.com/MOHEOfficial

Hari Akademia menjadi wadah untuk menghargai dedikasi dan sumbangan warga akademia dalam memperkasa pendidikan, mengembangkan ilmu serta memperkukuh penyelidikan dan inovasi demi melahirkan generasi berilmu dan memacu masa depan negara. 🌿📚🌍

"Sinergi Ilmu, Teknologi & Inovasi Dalam Akademia"

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 
@unimalaya 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
3 days ago
Download
[VIDEO] LAWATAN TURUN PADANG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KE KAMPUNG ANGKAT MADANI DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI

@zambryabdkadir 
@adamadli_ 
@aminuddinhassim 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia by @mohe.official
0
3 days ago
Download
×

Download all media on this page

Photos Videos
back to up