❤️ TERIMA KASIH DARIPADA KAMI, MyResQ!
Alhamdulillah. Satu lagi detik bermakna dalam perjalanan MyResQ telah tercipta. ❤️
Pada 14 Oktober 2026, aplikasi MyResQ telah dilancarkan secara rasmi bersempena Sesi Khas Pasca Pembentangan Belanjawan 2027 bersama Kepimpinan Perkhidmatan Awam, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazri.abubakar , Ketua Setiausaha Negara, atas kesudian menyempurnakan pelancaran aplikasi MyResQ.
Terima kasih juga kepada kepimpinan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, para jemputan, rakan strategik, sukarelawan, komuniti penyelamat dan semua yang hadir memberikan sokongan serta memeriahkan majlis ini.
Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna buat seluruh pasukan MyResQ.
💙 Daripada sebuah idea, kepada sebuah usaha bersama. Daripada usaha bersama, kepada sebuah gerakan menyelamatkan nyawa.
Perjalanan ini masih panjang. Semoga MyResQ terus berkembang sebagai platform yang menghubungkan masyarakat, penyelamat komuniti dan bantuan kecemasan — kerana dalam situasi henti jantung, setiap saat amat berharga.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan MyResQ.
❤️ MyResQ — Together, We Save Lives.
#MyResQ #MyResQMalaysia #TogetherWeSaveLives #UniversitiMalaya #PPUM CommunityFirstResponder CPRSavesLives AED SavingLives