Instagram story viewer> @abumorsi86> Posts
1.6K
followers
3096
following
YDP IKRAM Health, Emergency Physician, Aktivis Kempen Bebas Asap Rokok
POSTS STORIES REELS TAGGED
Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah atas rezeki dan amanah ini. 

Saya amat bersyukur menerima Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2026 bagi kategori Pakar Klinikal Cemerlang PPUM.

Penghargaan ini bukan milik saya semata-mata. Terima kasih buat isteri tercinta & tersayang @norhidayah.jaris, anak-anak, Mak @norizanmohdyazid Bapak, Along, Arif serta keluarga mertua Mak & Ayah... atas doa, pengorbanan dan sokongan yang tidak pernah putus.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan serta staf seperjuangan di Jabatan Perubatan Kecemasan PPUM, mentor Dr Salleh, sahabat-sahabat rapat @mrhafyz @azimo634 @liyanamazni, sifu2 HOD @je_jaka9 dan mantan HOD @mynnzero @aicups @idzwan407, pasukan HOPE@PPUM, warga PPUM, team MyResQ @myresq.malaysia @beh @lenniesoo.vox, team HEBAT @hebat_um, sahabat-sahabat usrah serta ikhwah akhwat IKRAM & @ikramhealthmalaysia, dan semua rakan di Universiti Malaya yang sentiasa memberi kepercayaan, peluang dan dukungan sepanjang perjalanan ini.

Semoga penghargaan ini menjadi motivasi untuk saya terus menyumbang dengan lebih baik kepada @pusatperubatanuniversitimalaya, @unimalaya masyarakat, agama dan negara.

Moga setiap usaha kecil kita dalam membantu manusia menjadi amal yang bernilai di sisi-Nya, dan moga kejayaan ini turut menjadi inspirasi buat semua yang sedang berjuang dalam bidang masing-masing. 

Terima kasih.
Jazakumullahu khayran katheera. taken in Kuala Lumpur, Malaysia by @abumorsi86
22
5 months ago
Download
Alhamdulillah wa syukrulillah.

Majlis Penghargaan Perkhidmatan MPP PPUM 2025 telah sempurna berlangsung hari ini. 

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Pengarah PPUM, barisan pengurusan, dan seluruh warga kerja PPUM atas kepercayaan dan sokongan berterusan.

Anugerah ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi, tetapi merupakan satu amanah dan peringatan untuk terus berkhidmat dengan penuh iltizam, keikhlasan dan integriti dalam profesion yang sangat mulia ini.

Ribuan terima kasih juga kepada semua rakan sekerja saya di seluruh PPUM ini, terutamanya sahabat-sahabat di Jabatan Perubatan Kecemasan, yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap usaha dan perjuangan harian.

Yang paling utama, saya panjatkan jutaan terima kasih kepada keluarga tercinta – mak dan bapak, mak dan ayah, pastinya juga isteri tersayang serta anak-anak – yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan ketenangan jiwa dalam suka dan duka. Sokongan serta doa mahupun pengorbanan kalian adalah inspirasi sebenar di sebalik setiap langkah perjalanan ini.

Sesungguhnya, segala pencapaian ini datangnya dari Allah SWT, dan saya hanyalah hamba yang menjalankan tugas. 

Moga dengan anugerah ini, saya dapat terus menyumbang, memperbaiki diri dan berbakti untuk pesakit, institusi, dan masyarakat dan negara.

Terima kasih sekali lagi kepada semua.

Doakan agar saya terus istiqamah dalam khidmat ini.

#AnugerahKhasPengarah #MPP2025 #PPUMdihati #ppum taken in Nexus Connexion Centre, Bangsar South by @abumorsi86
8
a year ago
Download
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Thank you, zaujati @norhidayah.jaris, anak-anak, family, friends and everyone, for the doa and wishes.

Barakallahulakum. Jazakumullahu khayra katheera.
Moga ganjaran kebaikan untuk anda semua. taken in Denai Alam by @abumorsi86
0
2 years ago
Download
❤️ DI SEBALIK MyResQ, ADA MEREKA YANG SENTIASA BERSAMA.

Setiap kejayaan ada insan-insan hebat di belakangnya. Dan bagi MyResQ, antara tulang belakang utama kami adalah warga Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). ❤️

Daripada perancangan, latihan CPR dan AED, program komuniti, pembangunan jaringan penyelamat, sehinggalah kepada Majlis Pelancaran Rasmi MyResQ pada 14 Oktober 2026 — merekalah antara orang kuat yang sentiasa turun padang, menyumbang tenaga, masa, idea dan komitmen tanpa mengenal penat lelah.

Ada yang bekerja di hadapan tabir, dan ramai juga yang bertungkus-lumus di belakang tabir. Setiap sumbangan amat kami hargai.

Terima kasih kerana sentiasa percaya, menyokong dan bersama-sama menjayakan misi MyResQ.

Kejayaan ini bukan milik individu, tetapi hasil usaha berpasukan, semangat kebersamaan dan keikhlasan untuk berbakti kepada masyarakat.

Semoga semangat ini terus kekal, kerana perjalanan kita untuk membina komuniti yang mampu menyelamatkan nyawa masih panjang.

You are the heart behind MyResQ. ❤️

Together, We Save Lives.

#MyResQ #TogetherWeSaveLives #JabatanPerubatanKecemasan
 #PPUM #UMMC taken in Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya by @abumorsi86
0
an hour ago
Download
Today marks World Restart a Heart Day 2026.

A gimmick video was featured during the nationwide MyResQ launch last Wednesday in @unimalaya Universiti Malaya.

#WorldRestartAHeart #myresq 
#CPR #AED #savelives taken in Kuala Lumpur, Malaysia by @abumorsi86
1
19 hours ago
Download
❤️ TERIMA KASIH DARIPADA KAMI, MyResQ!

Alhamdulillah. Satu lagi detik bermakna dalam perjalanan MyResQ telah tercipta. ❤️

Pada 14 Oktober 2026, aplikasi MyResQ telah dilancarkan secara rasmi bersempena Sesi Khas Pasca Pembentangan Belanjawan 2027 bersama Kepimpinan Perkhidmatan Awam, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar @shamsulazri.abubakar , Ketua Setiausaha Negara, atas kesudian menyempurnakan pelancaran aplikasi MyResQ.

Terima kasih juga kepada kepimpinan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, para jemputan, rakan strategik, sukarelawan, komuniti penyelamat dan semua yang hadir memberikan sokongan serta memeriahkan majlis ini.

Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna buat seluruh pasukan MyResQ.

💙 Daripada sebuah idea, kepada sebuah usaha bersama. Daripada usaha bersama, kepada sebuah gerakan menyelamatkan nyawa.

Perjalanan ini masih panjang. Semoga MyResQ terus berkembang sebagai platform yang menghubungkan masyarakat, penyelamat komuniti dan bantuan kecemasan — kerana dalam situasi henti jantung, setiap saat amat berharga.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan MyResQ.

❤️ MyResQ — Together, We Save Lives.

#MyResQ #MyResQMalaysia #TogetherWeSaveLives #UniversitiMalaya #PPUM CommunityFirstResponder CPRSavesLives AED SavingLives taken in Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya by @abumorsi86
1
2 days ago
Download
🚨 MyResQ KINI LEBIH BAIK! ❤️

Ada berita baik untuk semua pengguna MyResQ! 🎉

Versi terkini aplikasi MyResQ kini tersedia untuk dimuat turun!

✨ Apa yang menanti anda?
⚙️ Prestasi aplikasi yang lebih stabil dan lancar.
📱 Penambahbaikan ciri untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.
❤️ Terus memperkasa komuniti yang bersedia membantu ketika kecemasan.

📲 Jangan tunggu lagi!

Buka App Store atau Google Play, cari MyResQ dan tekan UPDATE / KEMAS KINI sekarang!

Pastikan aplikasi MyResQ anda sentiasa dikemas kini agar anda terus bersedia untuk membantu apabila diperlukan.

Kerana dalam kecemasan, setiap saat amat berharga. ⏱️❤️

MyResQ — Together Saving Lives.

#MyResQ #Updates
#TogetherSavingLives 
#CPR #AED taken in Kuala Lumpur, Malaysia by @abumorsi86
0
4 days ago
Download
Since 080808, #tilljannah insyaallah🤲🏼
Thank you to "our" sponsor and advisor for the 18th anniversary dinner, breakfast & lunch ☺️🥰😍💐 by @abumorsi86
2
21 days ago
Download
Kita selalu rasa rumah adalah tempat paling selamat. 🏠❤️

Tapi kalau seseorang yang kita sayang tiba-tiba rebah di rumah…

Adakah kita tahu apa yang perlu dilakukan?

Dalam kecemasan, orang pertama yang boleh membantu mungkin bukan doktor atau paramedik.

Mungkin kita sendiri.

Sebab itu setiap rumah bukan sahaja perlu ada first aid kit — setiap keluarga juga perlu tahu bagaimana untuk bertindak, hubungi 999, mulakan bantuan awal dan dapatkan bantuan terdekat.

📲 Dan sebelum kecemasan berlaku, kenali MyResQ.

Kerana bila setiap saat berharga, kita tak mahu baru mula mencari apa yang perlu dibuat.

Kalau berlaku kecemasan di rumah anda malam ini — adakah keluarga anda bersedia?

#MyResQ #CPR #AED #CardiacArrest #TogetherSavingLives taken in Kuala Lumpur, Malaysia by @abumorsi86
0
2 months ago
Download
Alhamdulillah. 18th today ❤️

#080808tilljannah taken in Kuala Lumpur, Malaysia by @abumorsi86
2
2 months ago
Download
Ramai pernah nampak kotak ini...
Tapi ramai juga yang tidak tahu apa fungsinya.

❤️ AED (Automated External Defibrillator) ialah alat yang boleh membantu menyelamatkan nyawa seseorang yang mengalami cardiac arrest.

Lebih cepat AED digunakan bersama CPR, lebih tinggi peluang mangsa untuk terus hidup.

Persoalannya...

Kalau berlaku kecemasan hari ini, adakah anda tahu di mana lokasi AED yang paling dekat dengan anda?

📲 MyResQ membantu anda mencari lokasi AED berdekatan dan menghubungkan bantuan awal apabila setiap saat amat berharga.

#MyResQ #AED #CPR #CardiacArrest #TogetherSavingLives #EmergencyPreparedness by @abumorsi86
0
2 months ago
Download
Tak semestinya kena jadi doktor baru boleh bantu.

Setuju atau tidak?

Siapa yang paling awal berada di tempat kejadian mesti bantu?

Kerana dalam situasi kecemasan, orang yang paling dekat selalunya ialah orang yang paling berpeluang membantu.

Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

#MyResQ #CPR #Emergency #AED #HeartsafeMalaysia by @abumorsi86
0
3 months ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up