Instagram story viewer> @snafhamid> Posts
1.1K
followers
1419
following
Ya Rabb , grant me the best in everything that i am waiting for🕊️🤍
POSTS STORIES REELS TAGGED
"Sesorang itu tergantung agama temannya, Maka hendaklah salah seorang di antara kalian memperhatikan siap yang dijadikan teman" (HR. Abu dawud,Tirmidzi) 

Allahumma baarik - semoga Allah selalu jaga persahabatan kkta🤍🖤 by @snafhamid
21
24 days ago
Download
Antara bab yang dipelajari dalam kelas Fardhu Ain — istinjak.

Alat-alat untuk beristinjak:
Air, batu, dan benda yang keras, suci, kesat & kering.

Jadi, boleh ke istinjak guna tisu basah?
❌ Tidak sah.

“Bersuci itu sebahagian daripada iman.”
— Riwayat Muslim

Jazakallahu khayran Ustaz Isfahan atas perkongsian ilmu. 🤍 taken in Madrasah Nurul Huda Kg Sg Penchala by @snafhamid
0
a month ago
Download
Belajar ilmu fardhu ain bukan tentang menjadi sempurna.

Tapi tentang mengenal apa yang Allah wajibkan, supaya kita tak terus hidup hanya dengan apa yang kita tahu.

Perlahan-lahan belajar.
Perlahan-lahan faham.
Perlahan-lahan betulkan apa yang selama ini mungkin kita terlepas pandang.

Kelas Fardhu Ain anjuran Raudhatul Huda, Kg Sg Penchala Damansara. 🤍

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi cahaya untuk kita beramal. InshaAllah by @snafhamid
4
2 months ago
Download
Ada yang datang membawa penat.
Ada yang datang membawa persoalan.
Ada juga yang datang hanya kerana rindu ingin duduk bersama al-Quran.

Semalam, kami dipertemukan dalam Majlis Tadabbur Muslimat:  Surah Al-Fajr.

Surah yang mengingatkan bahawa setiap yang kita kejar di dunia akhirnya akan ditinggalkan. Yang akan kekal hanyalah hati yang kembali kepada Allah.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda lagi diredai.” (Al-Fajr: 27-28)

Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi langkah yang mendekatkan kita kepada saat paling indah… saat dipanggil pulang oleh-Nya dalam keadaan Dia redha kepada kita.

Terima kasih kepada setiap muslimah yang hadir. Semoga ukhuwah yang terjalin menjadi asbab kita saling berpimpin menuju syurga. 🤍

#majlisilmu #majlisilmumuslimat #ukhuwahfillahcoj #tadabbur by @snafhamid
0
3 months ago
Download
Semalam, kami bertadabbur Surah Al-Inshiqaq.

Surah yang mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti, setiap manusia pasti akan bertemu dengan Allah.

“Wahai manusia, sesungguhnya engkau sedang berpenat lelah menuju Tuhanmu, maka engkau pasti akan menemui-Nya.” (Surah Al-Inshiqaq: 6)

Kadang kita terlalu sibuk mengejar dunia, sampai terlupa hakikat bahawa kita sebenarnya sedang berjalan menuju Allah.

Semoga setiap majlis ilmu menjadi sebab hati kita kembali mengingati tujuan sebenar kehidupan. 🤍

Ya Allah, pilihlah kami untuk terus berada dalam majlis-majlis yang menghidupkan hati. 
 آمين اللهم آمين🤲🏻🤍

#majlisilmu #majlisilmumuslimat #ukhuwahfillahcoj #tadabbur by @snafhamid
5
3 months ago
Download
Alhamdulillah. 
Jazakumullahu khayr kepada setiap Muslimat yang Allah pilih untuk hadir ke Majlis Ilmu Tauhid, “Mencari Bahagia Melalui Tauhid.” 🤍

Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi saksi di hadapan Allah, setiap ilmu yang dipelajari dikurniakan kekuatan untuk diamalkan, dan setiap hati yang hadir semakin mengenal serta mencintai-Nya.

Sesungguhnya, bahagia yang sebenar bukanlah apabila kita memiliki segalanya, tetapi apabila hati mengenal Allah melalui tauhid.

Semoga Allah terus memilih kita untuk menjadi tetamu majlis-majlis ilmu, dan semoga kita dipertemukan lagi dalam pertemuan yang akan datang, InshaAllah.

#majlisilmu #majlisilmumuslimat #circleofjannah #ukhuwahfillah #kelastauhid taken in Sungai Buloh by @snafhamid
7
3 months ago
Download
Surah Ad-Dhuha mengingatkan kita, Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya, walau kita sendiri yang selalu menjauh.

Terima kasih untuk semua Muslimat yang hadir hari ini, yang duduk bersama-sama menghidupkan majlis tadabbur ini.

"Ya Allah, jangan biarkan hati kami lalai dari mengingati-Mu. Kuatkan kami untuk terus kembali kepada Al-Quran setiap kali kami jauh, dan jadikan ia penawar dalam setiap keadaan kami. Allahumma Aamiin"

#majlisilmumuslimat #majlisilmu #tadabbur #tadabburmuslimat by @snafhamid
2
4 months ago
Download
Kadang yang paling berat bukanlah permulaan hijrah.
Tetapi untuk terus bertahan selepas itu.

Saat semangat semakin pudar.
Saat diri mula penat melawan nafsu.
Saat terasa seperti berjalan sendirian.

Allah tidak pernah menjanjikan jalan ini mudah.

Tetapi Allah berjanji:

“Fa inna ma’al ’usri yusra.”
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

Moga setiap langkah yang dipaksa untuk terus taat, setiap air mata yang ditahan kerana Allah, dan setiap mujahadah yang tidak dilihat manusia, menjadi saksi di hadapan-Nya kelak. 🤍

#MajlisTadabbur #HijrahWanita #MujahadahWanita #ukhuwahfillahcoj #circleofjannah by @snafhamid
10
4 months ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up