Instagram story viewer> @aazimah78> Tagged
POSTS STORIES REELS TAGGED
Malaysia Taman Negara Ultra 2026 

Pertama kali berpeluang menyertai edisi ke-3 MTNU2026 dengan jarak sejauh 30km.

Hujan lebat menyambut ketibaan kami pada hari Jumaat. Alhamdulillah, hujan mula reda ketika flag-off acara 100km. Suasana perlumbaan meriah dengan penyertaan pelari dari pelbagai negara. 

Untuk race kali ini, saya memilih HOKA Tecton X 4. Pada mulanya, saya agak ragu2 kerana hujan turun dengan lebat pada malam sebelumnya. Bayangkan keadaan trek yang  mencabar selepas pelari 100km dan 50km terlebih dahulu melalui laluan yang sama. Tapi selepas lebih 4 jam beraksi di laluan tersebut, saya boleh katakan bahawa HOKA Tecton X 4 @hoka_my memang pilihan yang tepat!

MTNU2026 bukanlah perlumbaan yang boleh dipandang mudah. Laluan yang teknikal, permukaan trek yang mencabar serta keadaan trail yang tidak menentu begitu menguji kekuatan, fokus dan ketahanan setiap pelari.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang diberikan kerana berjaya meraih tempat pertama bagi kategori Men Veteran 30km.

Terima kasih kepada pihak penganjur @malaysiatamannegaraultra Race Director (RD) dan seluruh pasukan penganjuran atas usaha menjayakan acara yang hebat ini. Tahniah juga kepada semua pelari yang berjaya menamatkan cabaran masing-masing!

#MTNU2026 #HokaMy #FlyHumanFly
#TectonX4 #Trailrunning
43
Hasil dari latihan selama 20 hari, larian @subum_explorers race kedua saya bagi tahun 2026.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran yang sangat teratur, laluan sangat jelas dan trek juga runnable untuk semua peserta.

Kekuatan fizikal dan mental diuji dengan pendakian dan penurunan berterusan apabila memasuki “rolling terrain”.

Terima kasih kepada organiser atas jemputan cukup bermakna buat saya. Semoga bertemu lagi di race yang akan datang, lebih kuat, lebih laju dan lebih banyak pengalaman indah dalam setiap larian.

Credit photo: @bbob_216 

#subum #trailrunning #flyhumanfly #adventurestartshere #affindirunningdiary
19
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

Salam 1 Syawal dari kami sekeluarga 🤍 
Maaf Zahir & Batin atas segala khilaf dan salah.

Semoga hari raya ini penuh dengan kebahagiaan, keberkatan & kasih sayang bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada,
Affindi Nudin sekeluarga.

#salamsyawal #maafzahirbatin #raya2026 #familyfirst #selamathariraya
12
back to up