Instagram story viewer> @prebetsapufilm> Tagged
1.3K
followers
337
following
Prebet Sapu akan membawa Ninavau
POSTS STORIES REELS TAGGED
POSTER RASMI FILEM NINAVAU & TARKH TAYANGAN DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA.

Akhirnya, inilah poster dan tarikh tayangan Ninavau yang bermula 4 Disember 2025.

Sebuah filem oleh Bebbra Mailin.Dari penerbit Prebet Sapu, Le Mediator Studio & Kristal Azmir Sdn Bhd.

Lakonan @jovenea.jim @edward.sinsong dan Tati Eliana Tonny

#FilemNinavau #RahsiaKitaCeritaSemua #ApaRahsiaTerbesarKeluargaAnda
10
Kalau buat filem cereka dan tayang di pawagam dikira sebuah pembikin filem serius, maka saya bermula apabila filem Prebet Sapu ditayangkan di pawagam pada 21 Disember 2021. Melalui filem Prebet Sapu, saya belajar buat filem secara kenduri dengan kawan-kawan, cari dana untuk siapkan dan cari dana untuk membolehkan filem ini ditayangkan di pawagam. Proses ini semua tak murah. Tapi yang menjadi dilema adalah proses menayangkan filem di pawagam komersial dia seluruh negara. 

Kenapa saya cakap, ia adalah dilema? Kerana waktu kita membuat filem, kita tahu dan jelas bahawa kita ada visi dan cerita untuk disampaikan. Kita, secara gotong royong sama-sama bikin filem atas dasar passion atau wang, hingga filem siap. Dan bila siap, filem akan jadi lengkap dan sempurna bila ditonton- itu yang selalu pembikin cakap.

Jadi, kalau filem kita penontonnya seorang saja, bagaimana? Atau penontonnya 5 orang? Itu sepatutnya sudah lengkaplah. Lalu, muncullah dilema ini - kenapa perlu filem ditayangkan di pawagam, seluruh negara.  Tak bolehkah, lepas filem siap, tayang di 1-2 lokasi kemudian simpan.  Apatah lagi kos untuk tayangkan filem din pawagam bukan sedikit.  Persoalan ini mungkin tak timbul buat pembikin filem blockbuster. Sebab matlamat-nya jelas, supaya dapat pulangan, kemudian bikin lagi. Jadi kenapa nak tayang filem di pawagam?

Dan persoalan saya muncul lagi hari ini. Sebabnya - filem yang ditulis dan diterbitkan saya, Ninavau akan tayang tak lama lagi. Kalau Prebet Sapu, filemnya tentang anak muda berlainan bangsa bergelumang di kota, filem Ninavau pula tentang rahsia-rahsia dalam sebuah keluarga Kadazan serta ada persoalan kepercayaan.

Dan berbalik kepada dilema nak tayang di pawagam komersial, kami (saya, Bebbra dan Azmir) faham risiko dan kos yang perlu dihadapi. Tapi kami memilih untuk tayang Ninavau di pawagam. Dan kami memilih untuk memudahkan penonton dengan tayang hampir 40 lokasi di seluruh negara.  Saya tak pasti sebab yang jelas tindakan ini. Tapi boleh jadi, kami percaya penonton berhak untuk menikmati karya ini di pawagam.  Tambahan pula, tayangan awal filem sulung wanita Kadazan bernama Bebbra Mailin ini mendapat respon yang sangat positif.
24
back to up