Instagram story viewer> @selinazeck> Tagged
3.7K
followers
2551
following
🎤JournalistTV3 yg suka bebel & pakai bulu mata. Realiti sebenar tiada yg pahit! Lately suka menjadi Nurtizennn
💞[email protected]
POSTS STORIES REELS TAGGED
.
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat & izinNya, Program Khas Mandat Rakyat PRU15 berjaya dilaksanakan sepertimana dirancang. Sebagai penerbit program, kesyukuran dan terima kasih saya semestinya kepada seluruh krew yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program khas ini. 

Dikaca televisyen, kami bersiaran langsung dari jam 6 petang hingga 5 pagi keesokkan harinya namun bagi krew sokongan di belakang tabir kami telahpun ‘berkampung’ sejak awal pagi sebelum itu. Adrenaline yang memuncak dan kepenatan dihujung2 program, was no joke! Tetapi kepuasan dan kebanggaan kami tiada tandingan apabila akhirnya berjaya menerbitkan program keramat 5 tahun sekali ini yang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Apatahlagi, komen rata2 yang diterima begitu positif terhadap penyampaian maklumat dan keputusan PRU15 yang pantas disalurkan kepada penonton. 

Tahniah juga kepada team @myundi.my dan @buletintv3 kerana menjadi wadah terbaik saluran media digital hasil kaji selidik di media sosial. Kejayaan ini semua tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada pihak pengurusan dan bosses yang memberi kepercayaan penuh kepada kami. 

Akhir sekali, terima kasih rakyat Malaysia kerana telah menunaikan hak anda dalam menjalankan proses demokrasi negara, media juga telah melakukan yang terbaik dengan menyiarkan keputusan terkini dengan cepat dan sahih. Kini terletak kepada kebijaksanaan pemimpin yang dipilih untuk menunaikan mandat yang diberi rakyat agar kestabilan negara kembali kukuh. 

To all my team, congratulations again, you guys are the best! It’s a wrap!!!!!! 👋🏻 Till we meet again..next program, bring it on! 💪🏻

#pru15
#mandatrakyat 
#mandatrakyatpru15 
#ge15 
#generalelection2022 
#malaysiage15 
#production 
#tvproducer
17
back to up