Instagram story viewer> @syarul_ejump> Tagged
POSTS STORIES REELS TAGGED
Galeri Puteh - Tribute to BuDen 

#malaysiancontemporaryart #tributetobuden #galeriputeh #alism #art
12
Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat posting ini. Saya kira ini ucapan penutup untuk pameran solo kali ini. Memandangkan ianya satu projek solo ke-8 saya dan ia merupakan pencapaian kendiri yang mengambil masa 10 tahun kajian yang melibatkan dari segi pengumpulan data, visual, dan cakap-cakap orang... hampir setahun dalam proses pembikinan dan ianya berakhir dalam dua minggu.... dilawati oleh penikmat seni yang hanya mungkin mengambil masa 20 minit sahaja... ada yang mungkin 10 minit. Itulah kerja artis...separuh dari jiwanya yg dihimpunkan juga jiwa-jiwa lain bersama turut berada dalam karya-karya yang dihasilkan tersebut. Kerja artis adalah menghasilkan karya yang menonjolkan kualiti-kualiti sebagai kejadian manusia... artis adalah '2nd nature' yang menafsir pengalaman dari '1st nature' iaitu alam. Penafsiran melalui observasi, emosi, kreativiti dan ekspresi kadangnya bukan mudah ditafsir. Kerana ada lapisan-lapisan pemaknaan yang perlu sampai kepada penikmat karya seni tersebut. Mungkin juga gagal.... pernah guru saya berkata "karya yang bagus (isi) selalunya tidak dapat perhatian". Saya menulis ini bukan mengeluh ya... sebab saya sangat berpuas hati dengan kerja-kerja saya. capaian tahap bukan kerja saya untuk menilainya... saya betul-betul berpuas hati kerana mendapat sokongan dan dokongan kawan-kawan artis dan juga galeri yang baik memberi peluang kepada saya. Galeri G13, sudah 10 tahun saya bekerjasama dengan mereka. Sudah 3 4 kali kakitangannya bertukar orang.... mereka tetap utuh membantu dari segenap segi. Juga terima kasih kepada kolektor-kolektor yang menyokong dokong karier saya selama 10 tahun ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan, juga jika ada sebarang kesilapan dalam apa jua salah laku saya mohon maaf.... melakukan kesalahan dan memaafi juga menjadi bukti kualiti seorang manusia. Semoga 10 tahun ini adalah satu permulaan yang baru kepada yang lebih baru dan segar... dengan ini saya akhiri wacana pendek saya ini. Terima kasih! Saya teruskan eksperimentasi dengan kerja-kerja hakiki saya. Mungkin perancangannya sudah ada... namun sering dilanggar kerana selalu ada niat terlebih ingin tahu... InsyaAllah...! 

#expandsketches #g13gallery
24
back to up