Instagram story viewer> @wafaawla> Posts
6.3K
followers
1202
following
POSTS STORIES REELS TAGGED
Melalui seni tanah, saya belajar bahawa ada adab dalam memahami alam dan musimnya. Tidak semua perlu gesa dan sempurna. Tidak semua perlu bergerak, berhasil sesuai keinginan kita. 

Ada seni dalam menunggu dan menerima, membangun makna dari setiap yang disentuh. Lumpur akan bersifat rapuh, tapi menjadi kuat hanya setelah dibakar. Ia kemudian boleh merakam wangi, harumnya melingkar lebih lama.

Terima kasih cikgu-cikgu membolehkan saya belajar membuat cawan, pinggan, penyu, piring tema lautan dan tasbih pertama kali dalam hidup. by @wafaawla
6
6 months ago
Download
Awal bulan lalu, saya memulakan projek ‘side quest’ untuk membuka diri kepada pengalaman-pengalaman baru. Mengumpul ‘kali pertama’, menjadi playful, buat salah, bergaul dengan strangers di setiap workshop berbeza serta hal ‘merepek’ yang lainnya. 

Bila kali terakhir awak lakukan sesuatu untuk kali pertama? by @wafaawla
7
7 months ago
Download
Nobody knows that you are so much more by @wafaawla
14
8 months ago
Download
Travel (separa) solo di saat akhir ke Jogja adalah keputusan terbaik untuk menutup kesialan 2025, dan menabung harapan baik untuk 2026. 

Lima hari yang jeda, @urupfestival ; saya lihat usaha Maskun membangunkan resilient environment diisi meditasi perenungan jam empat pagi. Ketawa, buku yang dibaca dan perbualan yang meninggalkan rasa baik bersama @niffiranahrafnitaf , Aulia, pak cik gojek, pekerja kedai buku hingga stranger sebelah katil yang saya jumpa di dalam dorm. 

Rakan saya yang keren, @avliaaz , memperkenalkan pepatah Jawa berbunyi ‘Sawang Sinawang’ seringkali kita merasa hidup orang lain lebih baik. 

Tapi kembara, seolah menarik kita dari hidup yang laju, kembali menghitung segala hal baik diberikan takdir kepada kita yang tak sempat kita maknai ke dalam kepala. by @wafaawla
17
9 months ago
Download
Di akhirnya, sebagai manusia, kita cuma sangat beruntung merasakan apa yang kita rasa hari ini. Bergilir antara hangat, syahdu, hening, dingin, ngilu; walau menikam ke hulu hati. 

Dari setiap kata sementara, tiada, setia dan selamanya. Hanya kepada diri sendiri kita kembali. Bukankah itu sebuah pulang paling bererti? by @wafaawla
6
10 months ago
Download
Semoga keinginan untuk belajar dan melihat sesuatu lebih besar, akan terus liar menjalar. 

Amin. by @wafaawla
13
a year ago
Download
Menikmati pagi yang perlahan di tempat jauh; matahari cantik, pokok-pokok, burung dan kabus-kabus jatuh. by @wafaawla
0
a year ago
Download
Mengalami hidup, kerana selalu ada yang lebih besar daripada nasib yang tawar. by @wafaawla
3
a year ago
Download
Semasa memandu kereta, saya selalu terfikir;

Nikmatilah hidup ini, tahun ini, bulan ini, hari ini, detik ini. Mungkin inilah yang paling kuat dikenang, paling dalam dirindu 10 tahun lagi. by @wafaawla
3
a year ago
Download
Sebuah siri kontemplasi; perenungan untuk memperlahan. Melihat hujan di pantai, deras air di sungai, permai kampung, senja, filem ditonton, percakapan bermakna, buku yang dibaca dan orang-orang membuat lebih banyak ketawa. 

Kerana Dr Fahruddin Faiz menyebut kita hidup terlalu laju, kita berlari kemudian melanggar, berkejar dalam kedanggalan. Byung-Chul Han menyebutnya ‘Müdigkeitsgesellschaft’ - The Burnout Society. Tak tahu mana satu paling utama perlu dituju. 

Charles Bukowski dalam catatannya menulis hidup ini terlalu sekejap, sepatutnya kenyataan itu membuat kita saling menyayangi. Zainal Rashid Ahmad pula berkata tiap jenaka ada luka, tiap luka ada jenaka. Namun, tak semua jenaka membuat ketawa. by @wafaawla
4
a year ago
Download
Hidup ini, kawan. Semuanya akan terasa lebih baik jika kita faham bahawa setiap yang terjadi hanyalah sekadar persinggahan, persimpangan, perjalanan dan bukannya akhir tujuan. Nikmatilah sekadarnya, sesederhana indah dan seadanya. by @wafaawla
24
a year ago
Download
Dalam ingatan, kadang ku bayangkan beberapa kenangan berputar sebagai filem berlatarkan lagu-lagu November Ultra. Syahdu, gaung dan bergema. 

Atau seperti sajak Baha Zain ketika dia berkata; aku hanya terkenang dengan tiba-tiba. Tak sengaja mengeja namamu di atas meja. taken in Chiayi City, Taiwan by @wafaawla
3
2 years ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up