Instagram story viewer> @wayangbudiman> Posts
2.4K
followers
89
following
wayang@BUDIMAN (est. 2015) ialah acara tayangan filem dwi-mingguan di Alam Budiman, Shah Alam
👇🏼 Semak buku program 2026
POSTS STORIES REELS TAGGED
SALAM SINEMA & SELAMAT TAHUN BARU

#WayangBudiman melangkah masuk ke tahun 2026 dengan melayarkan filem pertama Jumaat ini. Program bagi Januari hingga Jun 2026 telah disusun dan akan dikongsi dari masa ke masa.

Nantikan pengumuman lanjut dan jemput hadir ke Pusat Kajian & Apresiasi Filem. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
2
10 months ago
Download
Salam sinema. Oktober ini #WayangBudiman membawakan slot G. ARAVINDAN – PEREKAYASA CITRA KERALA.

Slot retrospektif meraikan pengarah legenda sinema Malayalam, Govindan Aravindan, yang merupakan salah seorang perintis gerakan ‘Malayalam New Wave’ di Kerala, India. Beliau juga seorang pelukis, kartunis, aktivis teater dan ahli muzik. Pernah menghasilkan 11 filem cereka yang mengadunkan elemen-elemen daripada mitos, dongeng, mistisisme dan realisme sosial di samping gaya penceritaan bukan lazim.

Tayangan pertama akan bermula Jumaat ini. Nantikan hebahan seterusnya. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
1
21 days ago
Download
🍿 Which film will you be watching?

KinoFest Malaysia 2026 brings nine films to the big screen over four days, showcasing a diverse range of stories from Germany, from heartwarming family narratives and youth adventures to thought-provoking documentaries and award-winning dramas.

📅 22-25 October 2026
 📍 Hall 10, GSC Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur)

📅 20-22 November 2026
 📍 Malaysian-German Society Penang

Save this programme guide for your movie planning and join us for a weekend of contemporary German cinema.

✨ Plus, selected screenings include a 30-minute post-screening panel discussion.

🎟️ Tickets will soon be available for purchase in KL on the GSC Mobile App or GSC kiosk at Mid Valley. For Penang you can reserve your spot at culture-kl@goethe.de

#Kinofest2026 #KinoFestMalaysia #GermanFilms #GoetheInstitut  #GoetheInstitutMalaysia by @wayangbudiman
6
4 days ago
Download
Filem kedua mengisi slot G. Aravindan - Perekayasa Citra Kerala, Jumaat ini #WayangBudiman membawakan KUMMATTY (1979).

Apabila tiba di sebuah kampung, Kummatty, seorang bomoh hantu, menarik perhatian sekumpulan kanak-kanak, sehinggalah bacaan manteranya membawa natijah kepada seorang budak lelaki. Paparan terhadap keajaiban yang wujud bersama kehidupan seharian disandingkan dengan panorama dan keindahan landskap kedesaan di Kerala.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
2
7 days ago
Download
Membuka slot G. Aravindan - Perekayasa Citra Kerala, Jumaat ini #WayangBudiman membawakan THAMPU (1977).

Seorang pemuda dari keluarga kaya yang kecewa menyertai sebuah kumpulan sarkas jalanan yang berkembara di sebuah pekan kecil di Kerala. Tema-tema seperti kesementaraan, keterasingan dan dambaan terhadap rasa kepunyaan disampaikan melalui imej-imej puitis dan pendekatan gaya dokumentari cinéma-vérite.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
1
20 days ago
Download
Terakhir mengisi slot Sandiwara Keluarga Shinji Somai, Jumaat ini #WayangBudiman melayarkan WAIT AND SEE (1998) arahan Shinji Somai. 

Kebahagiaan keluarga seorang broker saham tiba-tiba digoyahkan oleh kehadiran seorang lelaki tua selekeh yang mendakwa beliau adalah bapanya yang telah lama terputus hubungan. 

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
0
a month ago
Download
Jumaat ini, #WayangBudiman membawakan MOVING (1993) arahan Shinji Somai menerusi slot Sandiwara Keluarga Shinji Somai. 

Renko, seorang anak yang sedang membesar, berhadapan dengan isu perceraian antara kedua-dua ibu bapanya lalu kecewa. Beliau cuba memberontak dan melakukan pelbagai hal bagi menghalang perceraian tersebut.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
0
2 months ago
Download
Salam sinema. Slot seterusnya yang akan mengisi September ini #WayangBudiman membawakan SANDIWARA KELUARGA SHINJI SOMAI.

Slot retrospektif yang menghargai karya luar biasa pengarah Jepun Shinji Somai, yang kurang didendangkan dalam ranah sinema dunia. Sinonim dengan teknik long take dan paparan hubungan manusiawi yang kompleks, karya beliau telah menginspirasi pengarah Jepun kontemporari seperti Hirokazu Kore-eda, Ryusuke Hamaguchi dan Kiyoshi Kurosawa. Slot ini menghadirkan dua karya garapan Somai dari era 1990-an yang berfokus pada drama dan konflik keluarga.

Tayangan pertama akan bermula Jumaat ini. Nantikan pengumuman tayangan filem pertama sikit masa lagi. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
0
2 months ago
Download
Terakhir dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini #WayangBudiman melayarkan WHEN I SAW YOU (2012) arahan Annemarie Jacir. 

Tareq dan ibunya tinggal di kem pelarian Jordan. Beliau mendambakan untuk pulang ke Palestin. Hidupnya berubah bila bertemu sekumpulan pejuang penentang ketika cuba melarikan diri. Berlatarkan Jordan (1967) selepas Perang Arab-Israel ketiga, filem yang cukup menyentuh ini digarap dengan keindahan visual dan kepaduan lakonan.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
0
2 months ago
Download
Tayangan Larut Malam diteruskan Ogos ini dengan filem ALLIGATOR (1980) arahan Lewis Teague. 

Seluruh Chicago digemparkan dengan insiden seekor buaya raksasa yang berkeliaran di sepanjang jalan, menyerang dan membaham mangsa-mangsa. Seorang pegawai polis bersama seorang pakar reptilia telah ditugaskan untuk menghentikan insiden tersebut.

Tayangan bermula jam 11.59 malam. Percuma dan terbuka kepada semua. Jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
0
2 months ago
Download
Seterusnya dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini #WayangBudiman melayarkan TALES OF THE THREE JEWELS (1995) arahan Michel Khleifi. 

Yusef, budak Palestin berusia 12 tahun, ialah anak Intifada. Bapanya sedang dipenjarakan, manakala abangnya ialah pelarian dari tentera Israel. Yusef sering berimaginasi dan gemar meneroka pedalaman Gaza, yang menemukannya dengan seorang gadis Gipsi yang jelita.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
0
3 months ago
Download
Jumaat ini, #WayangBudiman membawakan RANA’S WEDDING (2002) arahan Hany Abu-Hassad menerusi slot Suara-Potret Palestin. 

Satu hari, Rana, gadis Palestin di Baitulmaqdis, yang bangun dari tidurnya pada hari yang sepatutnya mengikut bapanya ke Mesir, telah melarikan diri. Rana keluar untuk menjejaki pemuda yang dicintainya, yakni calon suami yang tidak direstui oleh si bapa, yang sedang terkandas di Tebing Barat.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir. taken in Pusat Kajian & Apresiasi Filem by @wayangbudiman
2
3 months ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up