Instagram story viewer> @wwan.jay_> Posts
POSTS STORIES REELS TAGGED
Download All
๐ŸŒฟ N8 Merapoh Rainforest Trail 2026 ๐Ÿ”๏ธ 

2022 โ€“ 55KM
2023 โ€“ Crew/Marshall ๐ŸŒŠ
2024 โ€“ missing dr radar
2025 โ€“ 100KM 
2026 โ€“ 100KM
2027 โ€“ ๐Ÿค” 

Alhamdulillah, 
No cramp,
No major injury 
Walaupun tak capai target, setiap race bagi aku satu pelajaran.
Jangan pandang rendah mana-mana event, semua ada cabaran tersendiri. pengalaman lepas, sungai yang sama, gua yang sama.. push sedikit elakkan bottle neck.. route pencawang dengan jalan balak tiada tahun ni...

terima kasih @n8_merapohrainforesttrail and @shutter_sports untuk gambar yang cun dan sponsor... terima kasih kekawan champ dan housemate yang banyak beri nasihat soal nutrient..

Terima kasih kekawan training, walaupun kita bukan front pack untuk mengejar podium tapi kita MEDIAN RUNNER, me vs me... shave previous time, akan diperbaiki untuk next race...

Jumpa lagi Merapoh 2027... in shaa Allah by @wwan.jay_
16
3 months ago
Download
Menuang with cik pai... by @wwan.jay_
1
4 months ago
Download
N8 MERAPOH RAINFOREST TRAIL 2025
MERAPOH 100KM โœ…
Bermula dengan batuk & panadol, diakhiri dengan drama blister, sungai, dan selfie solo di FL ๐Ÿ˜…

๐Ÿ”ฅ Cuaca panas, marking A+, trail kering awalnya... sampai hujan buat trek berlecak.
๐Ÿ’Š Food poisoning menjelma, meladang di ladang sawit, tidur dua kali, dan blister mula pesta.
โ›ฐ๏ธ CP demi CP dilalui โ€“ Gua Hantu Menari, pencawang, sungai 1KM, Gua Lima yang pedihโ€ฆ semua lengkap.
๐Ÿ˜‚ Cirit runner? Banyak. Aku? Tiga kali membaja.
๐Ÿ“ธ Finish line moment โ€“ aku tunggu semua clear. Nak sorang-sorang kat arch. Brader selfie kacau, tapi emcee selamatkan gambar finish aku.

102.42KM | 2695m+ | 22 jam++ | Bukan paling laju, tapi paling banyak cerita.

Thanks
@shutter_sports untuk gambar
@husnanhusin untuk peluang berlari event MRT2025

**RACE REPORT DEKAT COMMENT...

#MerapohRainforestTrail2025
#merapohrainforesttrail #MRT100KM #TrailUltra  #TeamCiritMerapoh taken in Merapoh Rainforest Trail by @wwan.jay_
13
a year ago
Download
Tukang uji laluan Tungul Melati Trail 2026

Terima kasih sifu-sifu saya:
@asyraf_ghazali 
@adiladham___ 
@wwan.jay_ 
@puteriliza 
@najwafedli 
Ayie

Tapi tukang yang sebenar adalah ANDA!

Tukang daftar dan tukang lari!
Berbaki seminggu sebelum pendaftaran tutup gaisssss
#tunggulmelatitrail2026 by @wwan.jay_
2
8 hours ago
Download
CULTRA 2026

Category - Mossy100
Status - DNF at KM80

Seperti yang dijangka, Cameron hujan hampir setiap hari sebelum race. Trail memang mencabar, ditambah cuaca sejuk yang buat kaki dah mula rasa sengal sebelum start. Bad sign. ๐Ÿ˜…

Lepas hadap Gunung Jasar, Gunung Brinchang dan Ladang Teh Sungai Palas, terlanggar tunggul kayu masa mendaki. Tak kuat, tapi bila downhill, lutut mula sakit macam ada hirisan. Dalam kepala dah terfikir, "Jangan-jangan meniscus?"

Terima kasih kepada team medik di CP1 dan CP3 yang balut lutut dengan ais. Memang banyak membantu. Tapi di CP4, bandage ais dah habis... nampaknya kena survive sendiri.

Masuk Habu, gravel hampir 28km memang menguji. Lutut masih boleh bertahan, tapi mental lebih penat bila nampak CP6 dari atas bukit, sedangkan laluan masih jauh berpusing. Sampai CP7 pula, mengantuk mula menguasai. Rehat 30 minit di katil medik sebelum cuba sambung semula.

Lepas bangun, kepala masih blur sebab penat dan mengantuk. Bila crew datang menawarkan untuk turun ke CP5 bagi DNF, tanpa fikir panjang terus buat keputusan.

Bila fikir balik... sebenarnya masa masih banyak lagi untuk teruskan. Mungkin kalau fikiran lebih tenang ketika itu, keputusannya berbeza.

Tak apa. DNF kali ini hanyalah satu pengajaran.

InsyaAllah, tahun depan datang balik untuk tebus semula. CULTRA, we'll meet again. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”๏ธ

#Cultra
#cultra2026
#trailrun
#trailrunning by @wwan.jay_
61
2 days ago
Download
Technical Downhill Angsi penentu siapakah runner pertama yang tiba finishing line...

Registration masih dibuka, kategori yang dipertandingkan 
Rigger 50km Solo / Duo Mixed / Duo Relay (nak duo boleh roger ๐Ÿ˜ฌ)
Angsi 25km
Bukit Putus 14km
MGP 14km
Kak Lang 6km (Fun Trail)
Kids Trail

Jom Register...

๐Ÿ“ธ by @aiman.adnan by @wwan.jay_
3
20 days ago
Download
Simulasi @nsberembunclimbathon siapโœ… 

Tapi silap sembang masak lemak salai kat peak 
Runcation mcm ni la best, lepas barai layan gunung Berembun kita layan masakan istimewa nogori 

Korang dah register? by @wwan.jay_
5
a month ago
Download
Goyangggg dikkkkk.....
#Trailrunning
#Trailrun
#Muddyfeast
#traildesgombak by @wwan.jay_
11
a month ago
Download
Footage before Flag off 100km categories... Familiar face in trail community at @traildesgombak 2026... by @wwan.jay_
3
a month ago
Download
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Trail Des Gombak 2026

Alhamdulillah, selesai menggalas tugas sebagai Sweeper 100KM Team A dan turut membantu sedikit urusan teknikal sepanjang acara.

Sebelum hari perlumbaan, sesi simulasi untuk laluan 30KM dan 50KM telah dijalankan. Laluan @traildesgombak menawarkan kombinasi trail yang teknikal, rolling, sungai dan air terjun yang menarik, menjadikannya satu lokasi latihan yang baik bagi komuniti trail.

Namun, hujan berterusan sebelum hari perlumbaan menjadikan laluan lebih mencabar dengan keadaan yang lebih berlumpur. tugasan sepanjang 50KM pertama berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Terima kasih kepada RD @ahmadtarmiziabd dan @projekhijo atas kepercayaan yang diberikan. Juga buat rakan sweeper Team A, @mat_dinnnn  dan @theonlynorish , serta seluruh kru yang bertungkus-lumus memastikan acara berjalan dengan baik.

Bagi mereka yang DNF, DNF bukan tanda kegagalan tapi sebagai tanda untuk bangkit kembali dengan performance yang lebih baik, tahun ini anda DNF, mungkin tahun depan anda juara.

Empat tahun bersama Projek Hijo memberi peluang untuk menyaksikan perkembangan Trail Des Series dari masa ke masa. Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga kita bertemu lagi pada edisi akan datang.

SIGNED OFF SWEEPER TEAM A 100KM

#TrailDesGombak2026
#SweeperDuty 
#ProjekHijo
#TrailRunningMalaysia taken in Stadium Majlis Perbandaran Selayang by @wwan.jay_
17
a month ago
Download
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ The Magnificent Batangsi Ultra 2026 ๐Ÿฆ‡

Alhamdulillah, selesai menjalankan tugas sebagai sweeper 50KM bersama partner, Zetty.

Apa yg dipelajari sebagai sweeper kali ini adalah dikalangan runner yang cuba untuk debut jarak 50KM tapi masih kurang persediaan dalam latihan. Untuk berjinak-jinak dalam jarak ultra, persiapan perlu mencukupi dari segi latihan, mental dan fizikal.

Pengambilan nutrisi semasa perlumbaan juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai sumber tenaga untuk badan terus bergerak. Sebelum menempuh ultra distance, banyak latihan perlu dilakukan. Badan juga perlu biasakan berada di dalam trail untuk tempoh yang lama jika tidak risiko keletihan melampau dan kecederaan akan menjadi lebih tinggi.

Sekiranya COT ditetapkan pada 16 jam, latihan seharusnya disasarkan kepada kemampuan 13 hingga 14 jam bagi menyediakan masa buffer. Kadangkala laluan boleh berubah pada saat akhir dan keadaan sebenar trail tidak semestinya sama seperti yang ditunjukkan dalam GPX.

Apabila badan mula memberikan sign of injury, jangan memaksa diri. DNF bukan sesuatu yang memalukan, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengalaman. Berehat, pulih, kembali berlatih dan datang semula dengan lebih kuat.

Tahniah diucapkan kepada semua pelari yang berjaya menamatkan larian. Kepada mereka yang DNF, jangan kecewa. DNF tidak bermaksud gagal. Usaha yang telah diberikan tetap satu pencapaian, dan pengalaman tersebut akan menjadi bekalan untuk kembali lebih bersedia pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Event Organiser 10 Senses dan Abang Marzuki TMBU kerana memberi peluang untuk menggalas tugas  sweeper. Terima kasih juga kepada partner sweeper sy zetty dan rakan-rakan sweeper lain, Pojan dan Arif (Sweeper 75KM), yang bersama-sama hingga ke garisan penamat, serta semua crew dan sweeper yang turut memeriahkan acara dan tapak perkhemahan.

Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang menjalankan tugas sebagai sweeper.

Insya-Allah, TMBU akan terus berkembang dan menjadi lebih hebat pada tahun hadapan.

See you when I see you. ๐Ÿค

#TMBU2026 #SweeperDuty #TrailRunning taken in Sungai Tekala Semenyih by @wwan.jay_
2
a month ago
Download
kekadang realiti tu pahit dan kita kena telan.. ๐Ÿ’”๐Ÿ˜ญ...
#trailrunning 
#trailrunner 
#realititrailrunner by @wwan.jay_
5
a month ago
Download
×

Download all media on this page

Photos Videos
back to up