Instagram story viewer> @z.affendi> Posts
POSTS STORIES REELS TAGGED
Saya nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat saya, YB Senator Susan Chemerai Anding, atas pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS), yang membawa gelaran Dato’.

Satu pengiktirafan yang membanggakan dan selayaknya diterima. Semoga terus sukses dan diberikan kekuatan untuk terus menyumbang kepada negeri Sarawak dan rakyatnya.

Well deserved, Susan! I’m proud of you. 

Wishing you continued success! 🤲😊💪 by @z.affendi
0
7 days ago
Download
“Lepas kena pepah di Q3, Datuk @jerry_rizal_ ambik hati dengan bawak minum kopi di Shangri La. Doanya di Q4 lebih baik! Result lain? Tunggu tutup tahun lah.”

Ps; Nak update yang kami ada progress. Tu je. 

🤣 taken in Shangri-La Kuala Lumpur by @z.affendi
0
14 days ago
Download
Terima kasih kepada semua pembeli buku Pewarisan Harta Felda! Selamat Membaca dan Semoga Memberi Manfaat!

Bagi yang ingin membeli, boleh hubungi Puan Hana +60 18-397 8554 dengan harga RM30 senaskhah dan RM10 penghantaran.

Bagi yang ingin menjadi pengedar buku di Tanah Rancangan Felda, anda boleh hubungi juga Puan Hana.

Terima kasih. taken in Law Firm Zahari Affendi & Partners by @z.affendi
0
18 days ago
Download
Terima kasih kepada semua pembeli buku Pewarisan Harta Felda! Semoga buku ini bermanfaat untuk setiap pembacanya! Bagi yang nak membeli boleh hubungi Puan Hana +60 18-397 8554 dengan harga RM30 senaskhah dan RM10 penghantaran. taken in Law Firm Zahari Affendi & Partners by @z.affendi
0
18 days ago
Download
Mohon kepada yang telah membeli buku Salah Faham Masyarakat Felda tentang Pewarisan supaya menghantar salinan slip pembayaran kepada saya dan maklumkan alamat untuk penghantaran kepada saya ye. by @z.affendi
0
a month ago
Download
Pagi ni saya ada breakfast meeting dengan Dr Hazlina Ishak. Best sembang dengan Dr ni…tak sedar sembang punya sembang dah sampai lunch hour 😂

Dr cakap sikit hari lagi dia ada conference di UK dan akan spend masa di sana bertemu dengan kawan-kawan lama dia. 

Banyak benda saya belajar dari pengalaman beliau dalam perniagaan dan life beliau masa di Manchester dulu. Manchester ni dah ibarat second home beliau, saya pun baru sekali jejak kaki ke Manchester tu pun sebab nak pergi Primark on the way balik dari Glasgow 😁

Bon Voyage Dr! by @z.affendi
0
a month ago
Download
Banyak komen orang tentang kisah Secangkir Cafe yg terpaksa berhenti beroperasi disebabkan kematian pemiliknya. Takziah kepada keluarga.

Kesedaran business owners tentang pengurusan bisnes selepas kematian mereka nanti sebenarnya masih rendah. Saya ada kupas tentang isu ini dalam podcast @tanpaskrippodcast tempohari. 

Ramai yg buat bisnes dgn niat utk diwariskan kepada generasi mereka tapi adakah bisnes mereka boleh survive selepas kematian mereka tanpa perancangan yang betul?

#zaplaw #zapfirm #tanpaskrip by @z.affendi
0
a month ago
Download
Turun ke Melaka untuk satu projek murni. Permulaan yang sangat baik. Rasa sangat dialu-alukan oleh tuan rumah, DW Dr Radhuana Salleh. Harap apa yang Datuk @jerry_rizal_ & @z.affendi rancangkan, menjadi kenyataan. 

P/s; Aku dengan @ammarafi akan jadi petugas keselamatan. 😂 by @z.affendi
0
2 months ago
Download
Terima kasih sahabat-sahabat di Kota Bharu sudi meluangkan masa dengan saya berjumpa dan berbincang macam-macam perkara semalam. Best sangat!

Terima kasih juga kepada Pokku Tengku Shahrizanny atas tunjuk ajar, ilmu dan wisdom kepada kami adik-adik sebagai orang yang lebih berpengalaman dan lebih makan garam. 👌 taken in Kota Bharu by @z.affendi
1
2 months ago
Download
Sebagai pengamal undang2, mungkin kita dah perlukan satu guidance dari mahkamah atau pihak berautoriti tentang larangan mendedahkan dokumen pliding yg difailkan di mahkamah dari disebarkan kepada public sebelum melalui proses bicara penuh kerana faktanya belum diuji dengan keterangan saksi dan belum disoal balas oleh pihak lawan. 

Ia mungkin digunakan oleh pihak yg berkepentingan untuk mewujudkan serangan peribadi dan kegusaran awam terhadap kes yg telah diselesaikan tanpa Bicara Penuh.

Bagi peguam, larangan utk tidak dedahkan ini telah dinyatakan dalam Rule 60A. Legal Profession (Practice & Etiquette) Rule 1978 tetapi setakat pembacaan saya, masih belum ada larangan sebegini kepada orang awam.

“An advocate and solicitor shall not furnish copies of any document filed in Court, before the hearing of the matter in open court, to the press and shall not in any event furnish copies of any document other than documents read in Court.”

Kalau peguam sendiri dan pihak akhbar mempunyai sekatan profesional untuk mendedahkan dokumen yang difailkan di mahkamah sebelum ia dibaca dalam open court, bukankah wajar juga kita persoalkan apakah kedudukan dan batasannya apabila dokumen tersebut disebarkan kepada umum oleh pihak lain?

Mungkin sudah tiba masanya isu ini diberikan panduan yang lebih jelas.

Setuju? by @z.affendi
0
2 months ago
Download
DIAM TANDA HORMAT

Bila berjumpa orang yang lebih bijak dan berpengalaman, belajar untuk lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Bukan kerana kita tiada ilmu.
Bukan juga kerana kita takut untuk bersuara.

Tetapi kerana kita tahu, ada ketika diam itu lebih banyak mengajar daripada bercakap.

Orang yang berpengalaman mungkin hanya perlukan beberapa minit untuk memahami cara kita berfikir, cara kita melihat sesuatu dan sejauh mana kita benar-benar memahami apa yang kita bicarakan.

Sebab itu Islam mengajar:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
— Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mahu menunjukkan apa yang kita tahu, sehingga terlupa bahawa orang yang lebih bijak mungkin sedang melihat apa yang kita belum tahu.

Bila duduk dengan orang yang jauh lebih berpengalaman, dengar dahulu. Faham dahulu. Baru bercakap. 

Kerana tidak semua ruang perlu kita isi dengan kata-kata.

#zaplaw #zapfirm by @z.affendi
0
2 months ago
Download
UMRAH DIY VERSI TMK TRAVEL?

Tempohari ada yg bertanyakan saya berapa kos buat umrah DIY?

Ini saya kongsikan kosnya…bestnya buat umrah macam ni, masa ikut kita, perjalanan kita yg rancang sendiri, budget pun ikut kita…cuma maklumkan pada pihak TMK Travel & Tours dan mereka aturkan semua sampai dapat visa. 

Saya beli sendiri tiket flight saya, kemas beg dan pergi airport aje. Sampai Mekah dorang dah standby semua…senang…urus sampai Madinah dan balik Malaysia…murah tapi layanan VVIP.

Nak makan pergi tempat rare yg biasa org tak pergi…semua dorang uruskan…bagitahu aje…nak makan kambing sekor masak dalam tanah? Masak atas batu? Unta muda masak dalam tanah? Nak makan kedai yg akan sembelih kambing lepas anda order? Sebut aje…Semua tempat dorang boleh bawak….

Trip ni sesuai untuk mereka yang nak kebebasan masa, trip kawan2 yang nak “me time” sesama mereka aje, adik beradik dan keluarga yang nak buat private trip dan tak nak campur dgn orang lain, orang yang nak buat DIY tapi malas nak fikir semua benda…tahu nak murah dan boleh tumpu ibadah aje…so TMK Travel patut jadi pilihan tuan puan.

Boleh hubungi Ustaz Hilmi Salam dan Ikrami Omar kalau nak tahu lanjut…Selamat Beribadah dengan tenang dan murah. by @z.affendi
0
2 months ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up