Instagram story viewer> @vocketcarclub> Tagged
POSTS STORIES REELS TAGGED
Penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dibuat menerusi pemakluman rasmi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bertarikh 20 Oktober 2026 susulan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang bersidang pada 20 Oktober 2026 dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri memutuskan berhubung dengan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam," menurut pemakluman terbabit.

Sumber: Harian Metro
14
Pemandu yang memasang lampu hiasan berkelip yang dikenali sebagai “devil eyes” pada kenderaan berisiko dikenakan denda atau berdepan hukuman penjara, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, lampu yang semakin popular itu, khususnya yang dipasang pada lori, boleh mengganggu tumpuan pemandu lain dan membahayakan pengguna jalan raya.

“Sebarang lampu yang tidak mematuhi spesifikasi tidak dibenarkan digunakan di jalan raya awam. Lampu ‘devil eyes’ termasuk dalam kategori lampu yang tidak mematuhi spesifikasi,” katanya.

Pesalah yang disabitkan kesalahan di bawah kaedah itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau hukuman penjara sehingga enam bulan, mengikut Seksyen 119(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: The Star
140
ECRL bakal jadi pilihan baharu untuk balik Pantai Timur! 🚄

Tambang lebih murah daripada kapal terbang, tapi sedikit mahal berbanding bas. Dah boleh standby tempah tiket untuk balik beraya! 👀

#ecrl #hargatambang
102
Seorang pemilik kenderaan elektrik (EV) dari Malaysia yang dikenali sebagai KZ mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama memandu kereta elektrik Tesla sejauh lebih 7,000 kilometer dari Kuala Lumpur hingga ke Shanghai, China.

Menerusi video dikongsikan Tesla Asia, perjalanan yang mengambil masa selama lebih 20 hari itu menyeberangi beberapa buah negara Asia Tenggara termasuk Thailand dan Laos sebelum memasuki sempadan tanah besar China.

KZ, yang memandu model Tesla Model 3 Long Range 2024, berkongsi bahawa hasratnya bermula selepas beliau menjual kenderaan berasaskan bahan petrol dan mahu menyahut cabaran untuk melihat sejauh mana kemampuan kenderaan elektrik.

Baca artikel penuh di thevocket.com
15
Tesla telah melancarkan model EV sport terbaru mereka, Roadster yang merupakan sebuah kereta elektrik berprestasi tinggi. Kereta ini siap boleh flip terbalik kemudian landing dengan bergaya.
190
Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menyatakan hasil siasatan awal mendapati seorang warga emas berusia 60 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur sebelum melencong masuk ke dalam landasan kereta api.

Beliau dilaporkan meneruskan pemanduan di atas landasan berkenaan sejauh kira-kira 130 meter sebelum kenderaannya tersangkut dan berhenti berhampiran stesen KTMB berkenaan.

Artikel penuh di thevocket.com
16
Selamba je dia redah ladang sawit pada malam-malam buta 😅
24
back to up