Instagram story viewer> @vocketcarclub> Posts
POSTS STORIES REELS TAGGED
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong @officialsultanibrahim berkenan menaiki @overfinch Holand & Holand Edition berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen @uitm.official kali ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam.

Video: @uitm.official

#vocketcarclub by @vocketcarclub
1
10 minutes ago
Download
Pasukan @mercedesamgf1 meluahkan hasrat untuk kembali berlumba @f1 secara tetap di Malaysia.

Manakala syarikat teknologi pencahayaan dunia, @signifycompany, menyatakan kesediaan mereka untuk menyediakan penyelesaian terbaik sekiranya penganjuran perlumbaan malam dimuktamadkan, petik @hmetromy.

Perkembangan ini turut mendapat perhatian rakan strategik Signify, @dz_engineering yang membuktikan kejayaan pencahayaan @f1nightrace sejak 2008 dan @f1lasvegas.

Baca lebih lanjut di thevocket.com

Gambar: Google Gemini

#vocketcarclub by @vocketcarclub
36
4 hours ago
Download
Bukan kereta biasa-biasa! 🔥 Monster truck gergasi, aksi ekstrem dan bunyi enjin yang menggegarkan arena! 🤯

Hot Wheels Monster Trucks Live — memang lain macam!

#HotWheelsMonsterTrucksLive #HotWheels #VOCKET by @vocketcarclub
2
a day ago
Download
Skill + Alert ‘Kereta Kelabu’ 🔥 

Semoga @brotherlybig baik-baik saja.

Video: @brotherlybig

#vocketcarclub by @vocketcarclub
12
a day ago
Download
Selepas hampir 10 tahun, @teslamotors akhirnya perlihatkan model produksi Tesla Roadster kepada dunia.

Dikuasakan teknologi roket @spacex, Tesla Roadster yang ditawarkan 3 varian ini berupaya untuk memecut 0-96km/j kurang daripada 1 saat (0.81 saat untuk varian Thrust, 0.59 saat untuk varian Rocket).

Tesla Roadster Rocket juga boleh terbang terapung di udara dengan bantuan pendorong gas sejuk (cold-gas thrusters) di sekeliling badan kereta.

@teslamotorsmys sudah pun membuka tempahan dengan deposit awal RM21,000.

Baca lebih lanjut di thevocket.com

Gambar/Video: @teslamotors

#vocketcarclub by @vocketcarclub
141
2 days ago
Download
Tesla telah melancarkan model EV sport terbaru mereka, Roadster yang merupakan sebuah kereta elektrik berprestasi tinggi. Kereta ini siap boleh flip terbalik kemudian landing dengan bergaya. by @vocketcarclub
187
2 days ago
Download
Menteri @kbsmalaysia, Dr. @taufiqjohari, memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang menilai kebolehlaksanaan untuk menganjurkan semula perlumbaan @f1 di Malaysia secara berkala, termasuk cadangan melaksanakannya setiap beberapa tahun dengan kerjasama negara-negara lain.

Beliau turut mendedahkan perbincangan peringkat awal telah pun berlaku antara Perdana Menteri, Datuk Seri @anwaribrahim_my bersama pihak pengurusan tertinggi F1.

Penilaian acara @f1 yang lalu sedang dilaksanakan dan menjelang November ini, hasil laporan penilaian akan dibawa kepada Jemaah Menteri sebelum keputusan dibuat sama ada F1 — akan dibawa semula ke Malaysia atau tidak.

Baca artikel penuh di thevocket.com

Gambar: @f1
Video: @freemalaysiatoday

#vocketcarclub by @vocketcarclub
40
3 days ago
Download
Pelakon tersohor kelahiran Malaysia, Tan Sri @michelleyeoh_official, telah dilantik secara rasmi sebagai duta jenama kereta mewah @bentleymotors.

Pengumuman pelantikan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas pelancaran model EV terbaharu, Bentley Torcal.

Hubungan Michelle Yeoh dengan Bentley mencerminkan minat yang sama seperti suaminya, Jean Todt yang meminati jenama Bentley dengan memiliki model Continental S3 (1965), Mulsanne (2019) dan Flying Spur Speed 1st Edition (2025).

Baca artikel penuh di thevocket.com

Gambar: @bentleymotors, @michelleyeoh_official 

#vocketcarclub by @vocketcarclub
6
4 days ago
Download
Menteri @kbsmalaysia, Dr Mohammed @taufiqjohari menyatakan penganjuran Perlumbaan @f1 Bahrain Gulf Grand Prix di @sepangcircuit baru-baru ini berjaya menjana impak ekonomi mencecah hampir RM950 juta kepada negara.

“Lebih 97,000 tiket dianggarkan telah dijual, manakala lebih 50,000 pelancong antarabangsa serta kira-kira 5,000 pekerja asing hadir ke Malaysia bersempena acara ini,” katanya.

Menurut beliau, satu kajian penilaian kos dan faedah sedang dijalankan. Hasil dapatan itu akan menjadi pertimbangan utama kerajaan untuk memutuskan sama ada @f1 — akan kembali semula atau tidak — ke Malaysia pada masa hadapan.

Baca lebih lanjut di thevocket.com

Gambar: I-Hwa Cheng/AFP

#vocketcarclub by @vocketcarclub
37
4 days ago
Download
Koleksi khas @uniqlomyofficial x @protoncars melangkah lebih jauh dengan menggabungkan elemen warisan kereta jenama Malaysia.

Koleksi ini memberi penghormatan kepada detik perjalanan, lipatan sejarah, serta pengalaman bersama yang telah menyatukan generasi rakyat Malaysia

Korang boleh tengok dan dapatkan koleksi ini di @uniqlomyofficial berhampiran 🔥 

#vocketcarclub 
#DariRadarVCC by @vocketcarclub
0
7 days ago
Download
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5 dan menangguhkan pendaftaran baharu susulan insiden gandar belakang sebuah kereta model itu tercabut di Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata penggantungan itu akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian Chery Omoda 5 yang berpotensi terjejas.

"Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis serta parameter teknikal berkaitan.

"Panggilan semula hendaklah dilaksanakan terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian by @vocketcarclub
48
7 days ago
Download
🏎️ F1 bukan sekadar bunyi enjin dan aksi atas litar. GP Bahrain di Sepang dilaporkan menjana RM345 juta limpahan kepada PMKS. 🇲🇾💰

Hotel, restoran, pengangkutan, peniaga dan pelbagai bisnes tempatan turut merasai kesannya. by @vocketcarclub
23
10 days ago
Download

Download All

Save the photos and videos currently loaded on this page.

0Photos
0Videos
Ready to download 0 / 0

Keep this tab open until your download is ready.

back to up